Monday, July 21, 2008

Pengenalan Kitab Babul Nikah

Sebuah buku mengenai urusan perkahwinan mengikut hukum hakam Islam ditulis lebih daripada 140 tahun yang lalu. Pada kitab berkenaan ditulis dengan perkataan 'Al Harmain' namun begitu tidak dapat dipastikan apakah al-Harmain itu nama tempat atau penulisnya. Tempat percetakannya pula ada di tuliskan dengan nama Singkofurah - Jeddah.

Apa yang dicatatkan dalam blog ini merupakan terjemahan daripada cetakan tulisan jawi . Masih lagi terdapat beberapa istilah dan perkataan yang masih kabur dan tidak difahami. Sekiranya ada dikalangan tuan/puan berminat mendalami dan membuat kajian kitab ini sila e mailkan ke alamat seperti yang dinyatakan.

Wednesday, July 16, 2008

Raserve Kulit

reserve kulit dalam pembinaan
((1))Ini kitab pada menyatakan hukum nikah bermula nikah itu sunat barang siapa yang ingin kepada nikah itupun dengan syarat jika diperolehnya belanja nikah seperti mahar dan pakaian dan nafkah dan jika tiada diperolehnya belanja nikah maka terutama baginya meninggalkan nikah dan hendaklah dipecahkannya akan inginnya itu dengan melazimi puasa (adapun) orang yang tiada ingin ia kepada nikah maka makruh baginya nikah itupun dengan syarat jika tiada diperolehnya belanja nikah atau diperolehnya akan dia tetapi ada padanya penyakit seperti lemah zakarnya dah tua dan jika ada pada orang yang tiada inginnya itu belanja nikah dan ada padanya penyakit maka masghul dengan mengerjakan ibadah itu maka terafdhal baginya daripada nikah dan jika tiada masghul ia mengerjakan ibadah maka nikah itu afdhal baginya daripada meninggalkan dia. ((1))
((2))Dan sunat bagi barangsiapa yang berkehendak menikahi perempuan bahawa menilik ia kepada muka perempuan itu dan kepada dua tapak tangannya zahirnya dan batinnya hingga pergelangannya dan jika tiada dengan izinnya sekalipun kerana dipada akan izin syarak dan tiada harus menilik pada barang yang lainnya daripada yang demikian itu Inilah jika ada perempuan itu merdeka dan jika ada perempuan itu hamba orang maka harus bagi orang yang menghendak menikahi dia menilik kepada barang yang lain daripada antara pusatnya dan lututnya. ( dan demikian lagi ) sunat bagi perempuan menilik kepada laki-laki yang dikehendakinya akan suaminya pada barang yang lain daripada antara pusatnya dan lututnya.((2))
((3))( Bermula) haram atas lelaki yang besar menilik kepada suatu daripada badan perempuan yang ( hati* ) besar melainkan dengan tujuh sebab (pertama) sebab hendak ambilnya akan isterinya (kedua) sebab naik saksi atasnya (ketiga) sebab berniaga atau barang sebagainya ( keempat ) sebab hendak menebus abdi perempuan maka ( harus/harap* ) menilik abdi perempuan itu pada yang lain daripada antara pusatnya dan lututnya (kelima) sebab mengajari mengaji maka (harus/harap*) menilik mukanya dan kedua tapak tangannya (keenam sebab hendak mengubat (ketujuh) sebab menghukumkan hakim atasnya atau baginya dengan suatu hukum.((3))
((4))Dan sunat yang hendak kita ambil akan isteri itu yang beragama dan lagi sunat menikahi perempuan yang dara ( dan lagi ) sunat menikah perempuan yang diketahuinya ibu bapanya lagi yang baik asalnya seperti anak orang alim atau anak orang soleh dan lagi sunat menikah perempuan yang baik rupanya sekira memberi ingin kepada kita tetapi jangan terlebih baik rupanya daripada sekelian perempuan yang banyak maka iaitu makruh menikahi dia. Dan sunat menikah perempuan yang asalnya peranakan supaya kita lekas beroleh anak ( dan lagi ) sunat yang kita hendak nikahi itu jangan ada keluarga yang akrab seperti sepupu sekala dan lagi sunat menikah perempuan yang pengasihani dan lagi sunat menikah perempuan yang sempurna akal dan lagi sunat menikah perempuan yang baik perangai dan lagi sunat menikah perempuan yang baligh dan lagi sunat menikah perempuan yang tiada berisi anak dan lagi sunat menikahi perempuan yang kurang maharnya dan lagi sunat menikahi perempuan yang putih kuning kulitnya dan lagi sunat bagi perempuan dan walinya memilih lelaki yang bersifat yang telah tersebut itu.((4))
((5))Bermula ditegahkan dengan tegah makruh menikah dengan perempuan yang biru warna kulitnya dan perempuan yang sangat panjang lagi kurus dan perempuan yang sangat pendek dan perempuan yang sangat tua dan perempuan yang pemain.((5))
((6))( Bermula ) perempuan yang diharamkan nikah dengan kita iaitu dengan enam sebab ( Pertama ) sebab senasab ( kedua ) sebab susuan ( ketiga ) sebab berambil ambilan ( keempat) sebab memadukan perempuan yang ditegahkan memadukan dia dengan isterinya ( kelima ) sebab ditalak tiga sebelum bercina buta ( keenam ) sebab li’an ya’ni bersumpah antara dua laki isteri di atas mimbar di hadapan hakim sebab menuduh ia akan isterinya dengan zina serta ketiadaan saksi maka disuruh bersumpah suaminya di atas mimbar lima kali supaya terpelihara dirinya daripada had tuduh, kerana jikalau ia tiada mahu bersumpah maka dipukul ia delapan puluh kali dan demikian lagi disuruh bersumpah isterinya di atas mimbar lima kali supaya terpelihara daripada had zina kerana jikalau tiiada mau ia bersumpah nescaya didirika atasnya had zina maka apabila sudah bersumpah keduanya maka jatuhlah talaknya talak ba’in tiada beroleh menentukan selama lamanya.((6))
((7))( Adapun) perempuan yang haram menikah dia sebab nasab itu tujuh bagi (pertama) ibunya dan neneknya hingga ke atas ( kedua) anaknya dan cucunya hingga ke bawah ( ketiga ) saudaranya (keempat) anak saudaranya laki-laki ( kelima) anak saudaranya perempuan (keenam) saudara bapanya (ketujuh) saudara ibunya.((7))
((8))( Adapun ) perempuan yang diharamkan sebab susu tujuh bagi jua seperti yang diharamkan sebab nasab ( pertama ) ibunya susuan hingga ke atas ( kedua) anaknya susuan hinggga terkebawah (ketiga) saudara susuan (keempat) anak saudara lelaki susuan( kelima) anak saudara perempuan susuakan (keenam) saudara bapa susuan (ketujuh) saudara ibu susuan.((8))
((10))( adapun ) perempuan yang haram atas kita menikah dia sebab berambil-ambilan itu empat bagi jua dengan perkataan yang sempena ( pertama ) mertua kita iaitu ibu isteri kita dan ibu gundik kita dan ibu perempuan yang kita wathi dengan wathi subahah dan ibu ibunya datang ke atas ( kedua ) menantu kita iaitu isteri oleh anak kita atau oleh cucu kita datang ke bawah dan dan gundik kita atau cucu kita datang kebawah dan perempuan yang diwathi oleh anak kita atau cucu kita dengan wathi subahah ( ketiga ) mak tiri kita iaitu isteri bapa kita atau gundiknya dan isteri nenek kita atau gundiknya datang ke atas ( keempat ) anak tiri kita iaitu anak isteri kita apabila sudah kita wathi akan isteri kita itu dan anak gundik kita dan anak perempuan yang kita wathi akan dia dengan wathi subahah.((10))
((11))( adapun ) perempuan yang haram atas kita memadukan dia dengan isteri kita maka iaitu saudara isteri kita dan anak saudaranya dan saudara bapanya dan saudara ibunya dan barang sebagainya samada senasab atau susuan maka kaedah yang demikian itu tiap-tiap dua orang perempuan yang antara keduanya kerabat atau susuan yang tiada harus keduanya bernikah-nikahan jika ditakdirkan salah seorang daripada keduanya laki-laki dan yang seorang perempuan maka iaitu tiada harus dipermadukan dengan dia dan jika harus keduanya bernikah-nikahan atas takdir yang demikian itu maka iaitu harus dipermadukan.((11))
((12))( Syahdan ) diketahui daripada yang tersebut itu tiada harus atas kita menikah tiap-tiap perempuan yang ditegahkan mempermadukan dia dengan isteri kita melainkan apabila sudah mati isteri kita atau sudah kita talak isteri kita dengan talak tiga iaitu harus kita menikah dia dan jikalau belum lalu edahnya sekalipun tetapi jika kita talak akan isteri kita dengan talak satu atau talak dua iaitu tiada harus bagi kita menikahi perempuan itu melainkan kemudian sudah lalu daripada edah isteri kita.((12))
((13))( Bermula ) Haram lag tiada sah atas seorang menikah perempuan yang sudah ditalaknya akan dia dengan talak tiga melainkan diperoleh sembilan syarat ( pertama) syarat hendaklah perempuan itu dinikahkan dengan laki laki yang lain kemudian pada sudah lalu edahnya talak tiga maka laki-laki dinamai pada bahasa arab(muhallil *) artinya yang menghalalkan dan pada bahasa kita laki-laki yang menikah dia itu dinama akan dia cina buta ( kedua ) syarat hendaklah nikahnya dengan laki-laki itu nikah yang sah ( ketiga) syarat hendaklah laki-laki itu dapat wathi ia dengan dia dengan sendirinya maka tiada memadai kanak-kanak kecil yang tiada dapat ia mewathi dengan sendirinya ( keempat) syarat hendaklah diwathi akan dia oleh laki-laki itu (kelima) syarat hendaklah diwathinya itu dengan memasukkan sekelian hasyafah zakarnya ( keenam ) syarat hendaklah wathinya pada farajnya jua tidak pada duburnya ( ketujuh ) Syarat hendaklah keras zakarnya tidak memadai akan cina buta yang lemah zakarnya ( kedelapan ) syarat hendaklah sudah ditalaknya akan dia oleh lakinya yang kemudian itu. (kesembilan) syarat hendaklah lalu eddah lakinya yang kemudian. Inilah sembilan syarat apabila diperoleh sekeliannya maka haruslah bagi seorang nikah dengan isteri yang sudah ditalak tiga.((13))
((14))Bermula haram lagi tiada sah menikah isteri orang dan jika ada suaminya itu ghaib lagi putus khabarnya sekalipun melainkan jika naik saksi dua orang saksi pada menyatakan bahawa lakinya sudah mati atau nyatalah sudah talaknya maka harus nikah dengan dia itupun jika sudah lalu edahnya tetapi membilang edahnya itu daripada mula matinya atau daripada ketika ia mentalak dia tiada ketika datang khabarnya.((14))
((15))Bermula tiada harus laki laki yang merdeka menikah perempuan sahaya orang melainkan dengan empat syarat ( syarat yang pertama ) tiada kuasa ia mencucur perempuan yang merdeka dengan mahar miithlu sebab ia sangat miskin ( syarat yang kedua ) hendaklah jangan ada baginya isteri yang merdeka ( adapun) jika ada isterinya yang merdeka jikalau ada ia tua kecil atau ghaib sekali pun tiada harus baginya nikah dengan perempuan sahaya orang ( syarat yang ketiga ) takut ia akan zina jika tiada nikah dengan sahaya orang (syarat yang keempat) hendaklah ada perempuan sahaya orang yang hendak nikahnya itu Islam ( adapun ) jika ada perempuan sahaya orang itu kafir maka tiadalah harus bagi laki-laki yang merdeka nikah dengan dia yahudi atau nasrani.((15))
((16))( dan demikian lagi ) tiada harus perempuan yang merdeka nikah dengan laki-laki abdi orang melainkan dengan empat syarat ( syarat yang pertama) hendaklah perempuan itu sudah baligh adapun jika ia belum baligh maka tiada sah menikahkandia dengandia dan jikalau ada yang menikahkandia itu bapanya atau neneknya sekalipun ( syarat yang kedua ) hendaklah redhanya nikah dengan abdi orang itu ( syarat yang ketiga ) hendaklah redha segala walinya jika banyak walinya ( adapun ) jika salah seorang daripada mereka itu yang tiada redha maka tiadalah sah nikahnya dengan dia ( syarat yang keempat ) hendaklah ada nikah sahaya itu dengan izin tuannya ( adapun) jika tiada dengan izinnya maka tiadalah sah nikahnya.((16))
((17))Bermula tiada harus bagi laki-laki yang merdeka melebih isterinya daripada empat orang seperti menikahi ia akan lima orang atau lebih maka jika ada nikahnya dengan sekelian mereka itu dengan satu akad beserta maka tiadalah sah nikahnya dengan sekelian mereka itu dan jika ada nikahnya dengan sekelian mereka itu dengan betertib maka sahlah nikahnya dengan yang empat orang yang terdahulu dan tiada sah nikahnya dengan sekelian yang kemudian daripada yang empat itu(17)
(18)(dan demikian lagi ) tiada harus bagi laki-laki abdi melebih isterinya daripada dua orang .((18))
((19))Bermula haram atas seorang laki-laki berdatang kepada perempuan yang ada baginya suami dan perempuan yang lagi didalam edah jika tahu ia akan yang demikian itu lagi tahu ia akan haramnya dan demikian lagi haram atasnya berdatang perempuan larangan orang dengan syarat jika sudah terima akan orang itu dengan terima yang sorih lagi tahu ia akan keadaannya larangan orang dan tahu ia akan haramnya.((19))
((20))Pada menyatakan wali perempuan yang harus akan wali dan pada menyatakan peri iring iringi yang akrab dan yang ab’ad. Bermula wali perempuan itu iaitu sekelian asabahnya maka yang akrab itu didahulukan ia daripada yang ab’ad maka walinya yang wajib dahulukan itu bapanya kemudian maka neneknya laki-laki yang pada pihak bapanya datang ke atas kemudian maka saudaranya laki-laki yang seibu sebapa kemudian saudaranya laki-laki yang sebapa kemudian maka anak saudaranya laki-laki yang seibu sebapa kemudian anak saudaranya laki-laki sebapa kemudian maka cucu saudaranya laki-laki yang seibu sebapa kemudian maka cucu saudaranya laki-laki yang sebapa demikianlah tertibnya datang ke bawah kemudian maka jika tiada diperoleh sekelian mereka yang tersebut itu maka saudara bapanya yang seibu sebapa kemudian maka saudara bapanya yang sebapa kemudian maka anak saudara bapanya yang seibu sebapa kemudian maka anak saudara bapanya yang sebapa kemudian cucu saudara bapanya yang seibu sebapa kemudian maka cucu saudara bapanya yang sebapa demikianlah tertibnya lalu kebawah. (syahdan ) jika tiada diperoleh wali yang tersebut itu nescaya adalah walinya itu sultan atau gantinya. Inilah wali perempuan yang merdeka asalnya.((20))
((21))( Dan adapun ) sahaya perempuan yang dimerdekakan oleh tuannya adalah tertib walinya seperti tertib wali perempuan yang merdeka asalnya jua tetapi jika tiada diperoleh segala walinya daripada nasab maka adalah walinya yang merdekakan dia kemudian maka asabah yang merdekakan dia kemudian maka akan yang memerdeka yang memerdeka kan dia kemudian maka asabahnya kemudian yang memerdekakan akan yang memerdekakan dia kemidian maka asabahnya hingga demikianlah dikiaskan maka jika tiada diperoleh yang memerdeka kan dia dan segala asabahnya nescaya adalah walinya itu sultan atau gantinya.((21))
((22))Maka jika ada bagi seorang perempuan merdeka hendak nikah dan tiada ada baginya wali daripada asabahnya tetapi ada baginya orang yang memerdekakan ibunya maka maka memerdeka ibunya itulah akan walinya ( dan demikian lagi ) jika ada bapa perempuan itu hamba orang dan ibunya dimerdekakan orang jua maka walinya itu yang memerdekakan ibunya tetapi jika bapanya itu dimerdekakan pula oleh tuannya maka yang memerdekakan bapanya pula tiada yang memerdekakan ibunya dan jika ada saudara perempuan itu merdeka pada hal bapanya lagi abdi orang maka saudaranya yang merdeka itulah akan walinya tetapi jika dimerdekakan bapa perempuan itu oleh tuannya maka perempuan itu hendak bersuami pula sebab mati suaminya yang dahulu itu bapanya jua akan walinya tiada saudaranya (dan) jika tiada ada bapanya dan saudaranya dan sekelian asabahnya maka yang memerdekakan bapanya akan walinya dan jika tiada ada yang memerdekakan bapanya maka asabah bagi yang memerdekakan bapanya itu akan walinya ( dan ) jika tiada ada jua mereka itu yang memerdekakan akan yang memerdekakan bapanya akan walinya kemudian maka asabah mereka itu dan jika tiada diperoleh sekelian mereka itu maka sultan atau gantimya akan walinya.((22))
((23))( Dan ) jika nikah seorang laiki-laki abdi orang dengan perempuan abdi orang maka beranak ia seorang perempuan kemudian maka dimerdekakan tiap-tiap daripada keduanya serta anaknya oleh anaknya tuannya dan berkehendak anaknya itu kepada nikah maka bapanya itulah akan walinya dan jika mati bapanya maka yang memerdeka bapanya itulahakan walinya tiada yang memerdekakan ibunya ( dan ) jika tiada diperolehi yang memerdekakan bapanya maka memerdekan ibunya akan walinya ( dan ) jika menikah seorang laki-laki yang telah dimerdekakan orang akan perempuan hamba orang laki-laki maka dimerdekakan orang isterinya itu oleh tuannya kemudian maka beranak ia seorang perempuan dan berkehendak anak itu akan nikah padahal adalah bapanya itu sudah mati yang memerdekakan ibunya itu lah akan walinya itupun dengan syarat jika ada lama masa merdeka ibunya hingga waktu ia beranak itu enam bulan atau kurang daripada enam bulan ( adapun) jika ada lama masa merdekanya hingga waktu ia beranak itu lebih daripada enam bulan maka yang memerdekakan bapanya itulah walinya dan jika tiada asabah baginya maka yang memerdekakan akan yang memerdekakan bapanya itulah akan walinya kemudian maka asabah baginya hingga demikianlah dikiaskan dan jika tiada diperoleh mereka itu maka sultan atau gantinya akan walinya tiadalah dapat memerdekakan ibunya akan walinya.((23))
((24))( Syahdan ) adalah wali perempuan dua bahagi (pertama ) Wali Mujbir ( kedua ) wali tiada mujbir, maka arti mujbir itu yang dapat mengerasi menikahkan perempuan dengan tiada izinnya iaitu bapa atau nenek laki-laki yang daripada pihak bapa ( dan demikian lagi ) tuan sahaya adapun segala wali yang lain daripada itu maka tiada mereka itu wali mujbir tetapi tiada ada bapa atau neneknya itu jadi wali mujbir melainkan dengan lima syarat ( syarat yang pertama ) hendaklah ada perempuan yang diwalikan itu bikir samada ia baligh atau belum baligh maka harus bapanya atau neneknya menikah dia dengan tiada izinnya ( adapun ) jika ada ia ( suyub* ) iaitu hilang dara sebab wathi maka tiadalah bapanya atau neneknya itu jadi wali mujbir hanya berkehendak ia pada sah nikahnya itu kepada izinnya yang nyata iaitu dengan katanya perempuan yang hendak dinikahkan seperti katanya nikahkanlah aku dengan si anu jika ia sudah baligh dan jika ia belum baligh perempuan yang hilang dara sebab wathi itu maka tiadalah sah ia dinikahkan sebelum balighnya hingga kemudian daripada baligh maka harus ia diniikahkan (syarat yang kedua) hendaklah laki-laki bakal suaminya itu sekupu dengan dia ( adapun ) jika ada ia tiada sekupu dengan dengan dia maka tiadalah bapanya atau neneknya itu jadi wali mujbir hanya berkehendak sah nikah itu kepada izinnya dan redhanya bersuami dengan dia ( syarat yang ketiga ) hendaklah ada laki-laki yang bakal suaminya itu berisi milik akan mahar mislu pada perempuan itu ( adapun ) jika tiada ia berisi milik seoerti itu maka tiadalah bapanya atau neneknya itu jadi wali mujbir hanya berhendak sah nikahnya itu kepada izinnya dan redhanya bersuami dengan dia ( syarat yang keempat ) jangan ada ( uduah*) iaitu berbantah atau dibencinya antara perempuan itu dan antara laki-laki bakal suaminya itu (adapun) jika antara keduanya itu uduah maka tiadalah bapanya atau neneknya itu jadi wali mujbir hanya berkehendak sah nikahnya iitu kepada izinnya dan redhanya bersuami dengan dia ( syarat kelima ) jangan ada antara perempuan dan antara bapanya atau neneknya uduah yang sangat nyata (adapun ) jika ada antara keduanya itu uduah seperti demikian itu maka tiadalah bapanya atau neneknya itu jadi wali mujbir hanya berkehendak jua sah nikahnya kepada izinnya dan redhanya bersuamikan dia maka jika kurang satu syarat pada segala syarat yang lima ini tiadalah bapanya atau neneknya jadi wali mujbir.((24))
((25))Pada menyatakan yang dinamai wali akrab dan wali ab’ad ( adapun ) erti akrab itu yang terlebih hampir kepada perempuan dan arti ab’ad itu yang berjauh daripadanya maka wali yang akrab itu didahulukan ia daripada yang ab’ad maka wali yang terlebih akrab kepada perempuan iaitu bapanya ada pun neneknya selagi ada bapanya adalah ia wali ab’ad( sdapun ) jika sudah mati bapanya maka neneknya itu yang jadi wali akrab dan saudaranya seibu sebapa itu wali ab’ad ( dan ) jika tiada neneknya maka saudara nya yang seibu sebapa itu wali akrab ( dan ) saudara sebapa itu wali ab’ad , jika tiada saudaranya seibu sebapa maka saudara sebapanya itulah jadi wali akrab dan anak saudaranya yang seibu sebapa jadi wali ab’ad dan jika tidak ada saudaranya sebapa anak saudaranya seibu sebapa itulah wali akrab dan anak saudaranya sebapa adalah wali ab’ad dan jika tidak ada anak saudaranya seibu sebapa maka anak saudaranya sebapa itulah wali akrab dan ( ) bapanya yang seibu sebapa itu wali ab’ad dan jika tiada anak sudaranya sebapa maka ( ) bapanya yang seibu sebapa itulah wali akrab dan ( ) bapanya yang sebapa itu wali ab’ad dan jika tiada ada ( ) bapanya yang seibu sebapa maka ( ) yang sebapa itulah wali akrab dan anak ( ) bapanya yang seibu sebapa wali ab’ad dan jika tiada ( )bapanya yang sebapa maka anak ( ) seibu sebapa dengan bapanya itulah wali akrab dan anak ( ) dengan bapanya itu wali ab’ad. Dan jika tiada ada anak yang seibu sebapa dengan bapanya itulah wali akrab datang ke bawah.((25))
((26))Bermula pindah wilayah perempuan daripada wali akrab kepada wali ab’ad pada dua belas tempat (pertama) wali akrab abdi orang maka berpindahlah wilayah perempuan itu daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ( kedua) tempat jika ada wali yang akrab itu sahaya yang mudabbir maka berpindahlah wilayah itu daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim maka sahaya yang muddabir iaitu sahaya yang di ta’alikkan oleh tuannya akan merdeka dengan matinya seperti dikata oleh tuannya akan dia jika aku mati maka engkau jadi merdeka maka selagi belum mati tuannya maka sahaya itu muddabir namanya ( ketiga ) tempat jika ada wali akrab itu sahaya yang mukattab maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali yang ab’ad tidak kepada hakim maka sahaya yang mukattab itu iaitu sahaya yang dijanjikan oleh tuannya akan merdeka dengan membayar sekian-sekian daripada arta dalam masa yang ma’lum seperti yang dikata oleh tuannya engkau carikan bagiku dua puluh riyal atau tiga puluh riyal didalam masa dua tahun umpamanya maka ambik engkau beri akan daku dua puluh atau tiga puluh riyal umpamanya dalam masa dua tahun merdekalah engkau maka sebelum diberikannya sekelaian riyal yang tiga puluh riyal atau yang dua puluh riyal itu kepada tuannya maka hamba itu mukattab namanya maka barangkali ada keluarkan perempuan hendak nikah tiadalah dapat ia akan walinya hingga dibayarinya sekelian dijanjikan oleh tuannya kepadanya maka dapatlah ia akan walinya pada ketika itu (keempat) tempat wali akrab itu mab’ad iaitu setengah darinya merdeka dan setengahnya hamba orang maka iaitu seperti dua orang yang mengutangi abdi dan yang seorang sudah memerdekakan dan yang seorang tiada ia memerdekakan berpindah wilayah itu daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim maka yang empat ini pada hakikatnya kembali kepada satu jua ( kelima ) tempat jika ada wali akrab itu fasik maka berpindah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada wali hakim maka dengan kata fasik itu kafir maka jika ada wali akrab itu kafir maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ( keenam ) tempat wali akrab itu belum baligh maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ( ketujuh ) tempat wali akrab itu gila maka berpindahlah wilayah daripadanya pada masa gilanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim (kedelapan) tempat wali akrab itu dungu iaitu tiada ia membaiki agamanya dan hartanya pada ketika balighnya maka iaitu dinamai dia dungu pada syarak samaada di hujarkan kadhi akan dia sebab dungunya itu atau tiada maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ( dan demikian lagi ) jika ada ia membaiki akan agamanya dan hartanya pada ketika balighnya kemudian maka ( mubazir ) lah ia dan dihujarkan akan dia oleh kadhi sebab ia (mubazir) itu pun berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali yang ab’ad tiada kepada hakim ( kesembilan ) tempat wali akrab itu cedera ( inzarnya* ) sebab sangat tua atau sebab sangat kurang akalnya atau sebab sangat sakit sekira-kira tiada dapat ia memilih kupu dan maslahah maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada hakiim ( kesepuluh ) tempat wali akrab itu khunsa misqal maka berpindah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ( kesebelas ) tempat wali akrab itu ( suruf*) akan dirinya dan pakaiannya dan kelakuannya seperti rupa perempuan maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad tiada kepada hakim sebab fasiknya dengan kelakuan yang demikian itu (kedua belas ) tempat wali akrab itu bisu lagi tuli lagi tiada tahu berisyarat maka berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad inilah dua belas tempat berpindah wilayah daripada wali akrab kepada wali ab’ad tiada kepada hakim ((26)).
((27))Bermula perempuan yang berwali hakim itu sepuluh tempat ( pertama ) ketiadaan walinya daripada keluarganya dan ketiadaan walinya memerdekakan dia dan asabahnya maka hakimlah akan walinya (kedua) pergi pergian wali akrab pada perjalanan yang harus dalamnya qasar iaitu perjalanan sehari semalam atau dua hari atau dua malam atau perjalanan yang berat maka ketika itu hakimlah akan walinya tiada harus wali ab’ad mewalikan dia ya’ni wali akrab yang musafir sampai kepada musafatulqasr itu jika ada ia ahli bagi wilayah maka hakim akan walinya dan jika tiada ahli ia bagi wilayah maka ab’ad akan walinya maka jika ada yang pergi-pergian itu bapa maka tiada harus bagi neneknya yang hadir didalam negeri itu mewalikan dia dan jika ada yang pergi-pergian itu neneknya maka tiada harus bagi saudara seibu sebapa mewalikan dia demikianlah diqiaskan pada yang lainnya hanya hendaklah hakim yang mewalikandia melainkan jika ada wali yang akrab yang pergi-pergian itu meninggalkan wakil didalam negeri maka wakilnya itulah menikahi dia tiada hakim ( ketiga) tempat hilang walinya yang akrab itu matinya tiada diketahui dan hidupnya tiada diketahui maka wali perempuan itu hakim jua tiada harus wali ab’ad mewalikan dia ( keempat ) tempat wali akrab itu ada dalam negeri jua tetapi tiada dapat dicari ada dilihat orang di sana maka diikut tiada ketahuan demikianlah dicari empat lima hari tiada jua dapat itu dan perempuan itu sangat dharurah hendak nikah maka hakim lah akan walinya sebab dharurah (tetapi ) apabila adalah hadir walinya itu binasalah nikahnya maka hendaklah dibaharui pula nikahnya dengan walinya akrab itu ( kelima) tempat wali akrab itu didalam perjalanan yang tiada harus dalamnya qasar tetapi sangat sukar mendatangani dia sebab takut kepada barang suatu umpamanya maka pada ketika itu hakimlah akan walinya tiada wali ab’ad ( keenam ) tempat wali akrab itu terpenjara didalam negeri dan sukar mendatang dia sebab sangat takut umpamanya maka hakimlah akan walinya tiada wali ab’ad ( ketujuh ) tempat wali akrab itu pitam yang berlanjutan didalam beberapa masa sekira-kira ( kekaran * ) menanti sembuhnya maka pada ketika itu hakimlah akan walinya tiada wali ab’ad ( dan kata setengah ) ulamak berpindahlah wilayah daripadanya kepada wali ab’ad jua ( kedelapan ) tempat wali akrab itu berkehendak menikahi perempuan yang diwalikannya dan walinya yang akrab sepangkat dengan dia pun tiada ada hanya yang ada wali ab’ad jua maka pada ketika itu hakimlah akan walinya tiada wali ab,ad ( kesembilan ) tempat wali akrab itu didalan Ihram haji atau umrah maka tiadalah harus ia akan jadi wali perempuan melainkan hakimlah akan walinya pada ketika itu ( kesepuluh ) tempat wali akrab itu enggan ia daripada mewalikan dia pada hal adalah perempuan itu berkehendak nikah dengan laki-laki yang sekupu dengan ia dan thabitlah enggannya itu di hadapan kadhi dan jikalau ada sebab enggannya itu sedikit mahar atau memilih laki-laki yang lain yang terlebih kupu daripada laki-laki yang dikehendak oleh perempuan itu sekalipun maka pada ketika itu hakimlah akan walinya tiada wali ab’ad tetapi jika ada enggannya wali akrab itu berulang-ulang sekira-kira jadi fasiklah ia dengan dia ya’ni tiga kali atau lebih enggannya itu maka berpindahlah wilayah perempuan itu kepada wali ab’ad tiada kepada hakim.((27))
((28))( Bermula ) harus akan wali itu berwakilpula pada orang lain akan menikahkan yang diwalikannya tetapi dengan syarat hendaklah perempuan itu berwakil dahulu pada walinya seperti katanya nikahkanlah aku dengan si anu maka walinya berwakil pula pada orang yang lain demikian katanya engkau ku wakil menikahkan si anu atau engkau oleh wakil pada menikahkan si anu dengan si anu maka hendaklah kita sebut namanya laki-laki dan perempuan yang hendak kita nikahkan itu dan bangsanya seperti katanya anakku atau cucuku atau ( dagsanakku*) atau kemenakkanku atau barang sebagainya lagi pula hendaklah disebutkan maharnya jika berapa-berapa banyaknya dan jika bapanya atau neneknya hendak berwakil menikahkan akan anak atau cucunya yang belum baligh atau yang sudah baligh tetapi yang lagi dara maka tiada berkehendak minta izin kepada anaknya atau cucunya hanya bapanya atau neneknya sendirinya jua berwakil kepada barang yang mana dikehendakinya akan wakil seperti perkataan yang telah tersebut dahulu itu jua dan jikalau berwali hakim maka hendaklah perempuan itu berwakil sendirinya kepada hakim dan memadai wakilnya itu dengan surat yang sahih seperti katanya tuan izinkankah menikahkan ku dengan si anu maka disebutkanlah nama laki-laki itu oleh perempuan lagi pula hendaklah sempurna pinang hakim itu akan perkataan perempuan itu lagi pula syarat hendaklah diketahui nama perempuan itu oleh hakim dan lagi pula tiada sah hakim menikahkan orang yang tiada didalam negeri perintahnya seperti orang negeri lain dan lagi pula tiada sah hakim menikahkan perempuan yang tiada ketahuan asalnya bini orangkah atau didalam edahkah atau orang tiada sekupukah atau abdi orangkah tersebut didalam ( tuhpah*) wajib memeriksa sekelian yang tersebut itu jika tiada diperiksanya maka nikahkannya akan perempuan itu oleh hakim nescaya tiada sah nikahnya maka memadai akan saksi memeriksa yang demikian itu dengan saksi seorang laki-laki dan seorang perempuan atau empat orang perempuan yang tiada mendusta atau dengan pengetahuan hakim sendirinya (wallahua’lam).((28))
((29))Bermula orang yang harus dinikahkan itu dengan lima syarat ( syarat yang pertama ) hendaklah laki-laki yang sudah baligh maka jika belum baligh maka hendaklah bapannya dan neneknya ijab dan qabul akan ganti kanak-kanak itu (syarat yang kedua) hendaklah akil jika tiada akil maka bapanya ijab qabul ( syarat yang ketiga ) hendaklah laki-laki yang dinikahkan itu jangan isterinya empat orang yang masih tetap nikahnya dengan dia itu dan jika dinikahkan ia dengan yang kemudian nescaya tiadalah sah nikahnya ( adapun ) jika laki-laki itu abdi orang tiadalah sah nikahnya yang kemudian apabila interinya yang dahulu itu dua orang kerana abdi itu tiada boleh isteri lebih daripada dua orang ( syarat yang keempat ) jika ada laki-laki itu (ulu-ulu*) hendaklah dengan iziin walinya maka sah nikahnya ( syarat yang kelima) jika ada laki-laki itu abdi orang maka hendaklah dengan izin tuannya maka sah nikahnya.((29))
((30))Bermula perempuan yang harus dinikahkan oleh wali yang lain daripada bapa dan nenek atau adalah wali barang wali daripada segala wali perempuan dengan dua belas syarat ( syarat yang pertama ) hendaklah sudah baligh dan jika baligh maka tiadalah harus dinikahkan oleh saudaranya dan (memarinanya *) atau barang wali yang lainnya melainkan bapanya dan neneknya ( syarat yang kedua) hendaklah perempuan itu akil dan jika tiada akil perempuan itu tiadalah harus segala walinya menikahkan dia melainkan bapanya dan neneknya baik sudah baligh baik masih dara atau sudah hilang daranya maka harus bapanya atau neneknya menikahkan dia dan yang lain daripada bapanya dan neneknya itu tiada harus menikahkan dia (syarat yang ketiga ) jangan ada perempuan itu dinikahkan dengan laki-laki yang mahramnya daripada nasabnya ( syarat yang keempat ) angan ada perempuan itu dinikahkan dengan laki-laki yang mahramnya daripada susuan ( syarat yang kelima ) angan ada perempuan itu dinikahkan dengan laki-laki yang berambil-ambilan seperti mertua datang ke atas dan menantu datang ke bawah dan anak tiri datang ke bawah dan bapa tiri ( syarat yang keenam ) jangan ada perempuan itu isteri orang ( syarat yang ketujuh ) jangan ada perempuan itu didalam eddah (syarat yang kedelapan) jangan ada perempuan itu kafir ( syarat ke sembilan ) jangan ada perempuan itu murtad ( syarat yang ke sepuluh ) jangan ada perempuan itu yang sudah ihram haji ( syarat yang kesebelas) jika ada perempuan itu yang belum baligh maka jangan ada hilang dara sebab wathi yang harus atau wathi zina dan tiada kebilangan hilang dara itu lain daripada wathi seperti seperti hilang dara mengangkat yang berat-berat atau dengan sebab gugur atau dengan kehendak Allah ta’ala tiada berdara semula-mulanya dan barang sebagainya ( adapun ) jika yang belum baligh hilang dara maka tiadalah sah ia dinikahkan hingga ia baligh ( adapun ) jika ada perempuan yang hilang dara itu sudah baligh maka sahlah dinikahkan dengan izinnya yang soreh seperti dikatakannya nikahkanlah aku dengan si anu tiada memadai diamnya akan izinnya ( adapun ) perempuan dara lagi baligh jika dinikahkan oleh saudaranya atau (memerinanya*) akan dia maka memadai akan izinnya perempuan itu dengan diam nya maka sahlah dinikahkan tetapi maka berkata perempuan itu demikian katanya aku tiada redha belaki maka tiada sah dinikahkan oleh saudaranya atau (memerinanya*) ( syarat yang dua belas) jika ada perempuan itu abdi orang maka walinya yang menikahkan itu tuannya tiada harus anak oleh tuannnya itu menikahkan dia ( bermula ) jika perempuan itu dimerdekakan oleh tuannya dan tiada ada walinya daripada nasabnya maka yang memerdekakan itu jua akan walinya maka jika ada yang memerdekakan itu perempuan maka barang siapa yang harus akan wali tuannya itulah akan walinya jika mati tuannya yang merdekakan dia itu maka anak tuannya itulah akan walinya tiada dapat wali tuannya menikahkandia.((30))
((31))Pada menyatakan saksi nikah ( bermula ) yang harus pada saksi nikah itu yang ada padanya tiga belas syarat ( pertama ) Islam ( ke dua ) laki-laki ( ketiga) dua orang ( keempat ) keduanya merdeka ( kelima ) akil keduanya ( keenam ) baligh keduanya ( ketujuh ) melihat keduanya maka tiada harus orang buta ( kedelapan ) mendengar keduanya maka tiada harus orang tuli ( kesembilan ) dapat berkata-kata keduanya tiada harus orang bisu ( kesepuluh ) kedua saksi itu jangan anak oleh yang nikah itu tersebut didalam minhaj harus anak akan saksi atau seteru keduanya akan saksi ( kesebelas ) jangan ada keduanya bapa yang oleh nikah ( kedua belas ) jangan seteru keduanya ( ketiga belas ) adil keduanya maka tiada sah orang yang fasik akan saksi nikah itu maka apabila kurang salah satu daripada yang tiga belas syarat yang tersebut itu maka tiadalah harus akan saksi nikah.((31))
((32))Pada menyatakan ijab dan qabul itu . Ijab itu kata walinya pada laki-laki yang dinikah itu demikian katanya ku nikahkan akan dikau akan si anu dengan mahar sekian dan erti kabul itu kata laki-laki yang dinikahkan itu dengan katanya hamba terima menikahi si anu dengan mahar sekian ( bermula ) jika bapa perempuan itu akan walinya demikian katanya ku nikahkan akan dikau akan anakku si anu dengan mahar sekian-sekian maka dijawabnya lah oleh laki-laki itu ku terimalah menikahi anakmu si anu dengan mahar yang tersebut itu ( bermula ) jika nenek akan wali perempuan demikian katanya ku nikahkan akan dikau akan cucuku si anu dengan mahar sekian-sekian ( bermula ) jika saudaranya akan walinya demikian katanya ku nikahkan akan dikau akan saudaraku si anu dengan mahay sekian-sekian ( bermula ) jika anak saudaranya atau cucu saudaranya atau (memerinanya*) atau anak (memerinanya*) atau cucu (memerinanya*) atau yang memerdekakan dia atau anak yang memerdekakan dia atau cucu yang memerdekakan dia akan walinya demikian katanya seorang daripada mereka itu ku nikahkan akan dikau akan si anu yang berwali akan daku dengan mahar sekian-sekian seperti ada maharnya dua riyal atau sepuluh riyal atau lima puluh riyal atau seratus riyal umpamanya atau barang sebagainya maka hendaklah disebutnya akan bilangan mahar itu dengan yakin maka di jawabnya oleh laki-laki yang dinikahkan itu aku terimalah menikah dia dengan mahar yang tersebut itu ( adapun ) jika perempuan itu abdi maka tuannyalah akan walinya demikian katanya ku nikahkan abdiku dengan si anu akan dikau dengan mahar sekian-sekian (bermula ) jika bapanya berwakil kepada seorang laki-laki demikian kata wakilnya ku nikahkan akan dikau akan si anu anak si anu yang berwakil ia kepada ku dengan mahar sekian-sekian maka hendaklah disebutnya akan bilangan maharnya itu dengan qarinah bilangannya jika berapa-berapa bilangannya itu serta menmyebutkan jenisnya itu ( bermula ) jika nenek berwakil pada seorang laki-laki demikian kata wakilnya ku nikahkan akan dikau akan si anu cucuku si anu yang berwakil ia kepada aku dengan mahar sekian-sekian ( bermula ) jika saudaranya berwakil kepada seorang laki-laki demikian kata wakilnya ku nikahkan akan dikau akan si anu saudaranya si anu yang berwakil ia kepada ku maharnya sekian-sekian (bermula) jika anak saudaranya atau (memerinanya ) yang merdekakan ia yang berwakil pada seorang laki-laki demikian kata wakilnya nikahkanlah akan dikau akan si anu yang ia berwakilkan si anu yang yang berwakil ia kepada ku dengan mahar sekian-sekian ( bermula ) jika tuan abdi berwakil pada seorang laki-laki demikian kata wakilnya ku nikahkan akan dikau akan abdinya si anu yang berwakil ia kepadaku dengan mahar sekian-sekian.((32)
((33) Bermula jika seoranr laki-laki yang hendak nikah itu berwakil ia kepada seorang laki-laki meminta terimakan akan niikahnya kepada wakilnya itu dengan si anu maka demikianlah perkataan walinya seperti perempuan yang hidup menikahkan itu ku nikahkan oleh anakku si anu akan si anu yang berwakil ia kepada mu maka jawab iwakil laki-laki yang hendak nikah itu ku terimakan menikahi si anu bagi si anu yang berwakil ia kepadaku dengan maharnya sekian-sekian. Bermula jika bapa perempuan itu berwakil kepada khatib dan laki-laki yang hendak nikah itu berwakil jua kepada khatib itu maka kata khatib itu aku nikahlah si anu anak si anu yang berwakil kepada ku dengan maharnya sekian-sekian maka maka kata khatib itu jua sekali lagi ku terimalah nikahnya si anu dengan anak si anu yang berwakil si anu itu kepadaku pada menerimakan nikahnya dengan dia denga mahar sekian ( adapun) jika laki-laki yang hendak nikah itu belum baligh maka tiadalah harus khatib itu atau yang lainnya menerimakan kata wali perempuan yang wali itu atau segala wali yang lainnya melainkan bapanya atau neneknya yang harus ia menerima akan kata walinya perempuan itu akan laki-laki yang hemdak nikah yang belum baligh itu jika berkata walinya perempuan ini demikian katanya ku nikahkanlah anakku sifatimah akan anak mu si Abdullah dengan mahar sekian-sekian umpamanya maka jawab bapanya atau neneknya oleh laki-laki yang hendak nikah yang belum baligh itu ku terimalah nikahnya anakku si Abdullah akan anakmu si fatimah dengan mahar yang tersebut itu.((33))
((34)) Pada menyatakan kupu bermula berkehendak kupu itu perempuan jua tiada laki-laki ( maka adalah ) segala perkara kupu itu atas lima perkara ( pertama ) selamat daripada aib yang mensabitkan ia bagi khiar fasakh nikah seperti gila atau ……………………………………………... ……………………….. dan terpotong zakar dan lemah zakar maka laki-laki yang beraib salah satu daripada yang demikian itu tiadalah sekupu dengan perempuan yang tiada beraib dan perempuan yang beraib dan jikalau aib perempuan itu sejenis dengan aib laki-laki itu sekalipun kerana manusia itu benci daripada aib lainya barangyang tiada benci ia daripada aib dirinya kerana kebanyakkan sah nafsu manusia itu benci berlaki orang yang beraib jikalau sama beraib sekalipun umpamanya jika perempuan itu (bercalak*) jua dan laki-laki (calak) jua jikalau terlebih sekalipun penyakit perempuan itupun tiada sekupu jua kerana kebanyakan manusia benci melihat penyakit orang tetapi tiada benci melihat penyakit dirinya ( adapun ) aib yang mensabitkan bagi khiar seperti buta dan terpotong tangan dan jahat rupa maka iaitu tiada memberi mudharat ( kedua ) perempuan merdeka maka laki-laki hamba orang tiada sekupu dengan perempuan yang merdeka sekeliannya atau setengahnya dan lelaki yang perdekaan prang jika ada ia jadi raja sekalipun tiada sekupu dengan perempuan yang merdeka asalnya dan lagi pula jika bapanya itu orang merdeka dan ibunya perdekaan orang nescaya kupulah dengan perempuan merdeka kerana mengikut baka bapanya wallahu a’lam ( ketiga ) daripada perkara kupu itu nasab artinya bangsa dan dibilangkan bangsa itu dengan bapa jua seperti Islam maka laki-laki yang Islam dengan sendirinya dan bapanya adalah masih kafir itu tiada sekupu dengan perempuan yang Islam ia dengan bapanya dan laki-laki yang islam ia dengan bapanya dan neneknya tiada sekupu ia dengan perempuan yang Islam ia dengan bapanya dan neneknya dan datuknya dan laki-laki ajam iaitu yang lain daripada arab tiada sekupu dengan perempuan arab kerana allah ta’ala memilih ia akan arab daripada sekelian yang lainnya dan bezakannya akan arab daripada sekelian yang lainnya dengan beberapa kelebihan yang amat banyak dan laki-laki dan laki-laki yang bapanya ajam dan ibunya arab sekalipun tiada sekupu dengan perempuan yang bapanya arab dan ibunya ajam sekalipun dan laki-laki arab yang bukan bangsa quarish tidak sekupu dengan perempuan arab yang yang bangsa quarish kerana Allah Ta’ala telah memilih akan quarish daripada kaum kinanah yang dipilih ia daripada arab dan lagi quarish yang bukan bangsa hasyim dan mutallib kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah memilih ia daripada kinanah akan quarish dan memilih quarish akan bani hasyim dan bilangkan pula bangsa yang lain daripada arab maka yang bangsa Farsi itu afdhal daripada bangsa Qibti dan anak cucu Israel itu afdhal daripada Qibti ( paedah ) tersebut didalam (marni*) kata Imam Harmain dan Imam Ghazali kemuliaan bangsa itu datang pada tiga pihak jua ( I ) mulia bangsa sebab mengambil bangsa kepada Rasulullah s.a.w inilah insan yang amat tinggi tiada menyamai akan dia suatu jua pun ( 2 ) jadi mulia bangsa seorang sebab mengambil bangsa ia kepada ulamak kerana bahawasanya ulamak itu mewarisi akan anbia’ ( 3 ) jadi mulia bangsa sebab membangsai kepada segala mereka yang soleh-soleh dan tiada kebilangan kemuliaan bangsa sebab membangsai kepada orang besar-besar didalam dunia hingga inilah perkataan Imam Harmain dan imam Ghazali kata Sahib Almuhmilat dibilangkan kemuliaan nasab sebab membangsai kepada orang besar-besar didalam dunia seperti daulah kerana sekurang-kurang martabat mereka itu adalah seperti martabat yang mempiunyai (harpah*) ya’ni yang mempunyai kepandaian dan telah terdahulu perkataan bahawa laki-laki yang mempunyai kepandaian yang tiada sekupu dengan perempuan yang mempunyai kepandaian mulia maka diketahui daripada Sahib Almuhamalat bahawa laki-laki yang bukan ia anak sultan tiada sekupu ia dengan perempuan anak sultan jika tiada ada kedua pihak itu daripada anak cucu Rasulullah dan tiada ada daripadanya anak cucu ulamak dan solehat Wallahu a’lam ( keempat ) daripadanya (uffah’) artinya menahan diri daripada pekerjaan yang haram sebab itulah tiada kupu laki-laki yang fasik dengan perempuan yang tiada fasik dan tiada kupu laki-laki yang bidaah dan laki-laki yang ahlul sunnah ( dan demikian lagi) laki-laki anak orang fasik atau anak orang yang bidaah tiada sekupu dengan perempuan anak orang yang tiada fasik atau anak orang yang ahlul sunnah dan laki-laki yang dihujarkan dengan sebab (sufiah*) tiada sekupu dengan perempuan yang rashidah tetapi laki-laki yang tiada fasik jika ada ia (mastur*) sekaliipun sekalipun sekupu dengan perempuan yang rashidah dan laki-laki yang tiada mashur dengan kebajikan sekupu dengan perempuan yang mashur dengan dia dan laki-laki yang fasik sekupu dengan perempuan yang fasikah melaikan jika lebih fasik laki-laki itu daripada perempuan atau bersalahan bagi fasiknya dan laki-laki yang bidaah itu sekupu dengan laki-laki yang bidaah ( kelima ) daripaa perkara kupu itu (harfah*) iaitu suatu kepandaian yang dituntut dengan dia rezeki maka laki-laki yang mempunyai kepandaian yang hina tiada sekupu dengan perempuan yang mempunyai kepandaian yang terlebih daripadanya maka laki laki yang pempuang ( ratik*) dan yang pembuang darah dan yang penyamak belulang dan mengembala kambing atau sapi atau (adangan*) dan anak mereka itu tiada sekupu dengan perempuan anak tukang jahit dan anak yang penyurat tiada sekupu mereka itu dengan perempuan anak saudagar dan anak penjual kain dan laki-laki saudagar dan penjual kain dan anak keduanya tiada sekupu dengan perempuan anak orang alim atau anak kadhi atau cucunya ( adapun ) laki-laki anak saudagar iaitu maka sekupu ia dengan perempuan anak penjual kain dan anak orang alim sekupu anak kadhi ( dan ) laki-laki yang jahil itu sekupu dengan perempuan yang alim seeperti yang tersebut didalam (tuhfatul nuqal*) daripada (rusah*) inilah lima perkara segala perkara kupu maka nyatalah bahawasanya kaya itu tiada ia dibilangkan segala perkara kupu dari kerana harta itu pergi datang tiada mengambil kemegahan dengan dia segala mereka yang mempunyai perangai dan mempunyai mata hati maka dari kerana inilah sekupu laki-laki papa dengan perempuan yang kaya dan demikian lagi memuda dan baik rupa dan selamat daripada buta dan terpotong tangan dan barang sebagainya daripada segala aib yang mensabitkan khiar pada memfasahkan nikah sekelian itu tiada dibilangkan ia daripada segala perkara kupu maka dari kerana ini adalah sekupu laki-laki yang tua dengan perempuan yang muda dan sekupu laki-laki yang jahat rupa dengan perempuan yang baik rupa dan sekupu laki-laki yang buta dengan perempuan yang tiada buta dan sekupu laki-laki yang terpotong tangan dengan perempuan yang tiada terpotong tangan. ((34))
((35))(Bermula) setengah daripada perkara kupu itu ( dimakbulihkan*) dengan setengahnya maka dari kerana inilah tiada sekupu laki-laki yang beraib yang berbangsa dengan perempuan yang sejahtera daripada aib yang tiada berbangsa dan tiada sekupu laki-laki ajam yang tiada fasik dengan perempuan arab yang fasik dan tiada sekupu laki-laki yang fasik yang merdeka asli dengan perempuan tiada fasik dimerdekakan orang dan tiada sekupu laki-laki hamba orang yang tiada fasik lagi alim dengan perempuan yang merdeka yang fasik lagi jahil hanya sanya memadailah sifat kekurangan itu menegahkan daripada sekupu kerana bahawa sifat kelebihan yang ada padanya itu tiada ( * ) ia akan dia.((35)
((36))(Bermula) segala segala perkara kupu itu bagi perempuan dan bagi segala walinya melainkan selamat daripada aib dan (innah*) ya’ni terpotong dan lemah zakar iaitu hak bagi perempuan jua tiada bagi segala walinya maka dari kerana inilah jika redha seorang perempuan bersuami dengan laki-laki yang tiada sekupu dengan dia maka dinikahkan akan dia oleh bapanya atau saudaranya dengan dia nescaya sahlah nikahnya ( dan demikian lagi ) jika ada bagi perempuan itu beberapa wali yang bersamaan mereka itu pada pangkatnya maka menikahkan akan dia seorang daripada merekaitu dengan laki-laki yang tiada sekupu dengan dia dengan redha perempuan itu serta dengan redha walinya yang lainnya nescaya sahlah nikahnya dengan dia tetapi jika tiada redha walinya menikahdia dengan laki-laki yang tiada sekupu dengan dia atau tiada bagi perempuan itu wali yang lain daripada hakim dan menuntut perempuan itu bahawa diniikahkan akan dia oleh hakim dengan laki-laki yang tiada sekupu maka dinikahkan akan dia oleh hakim nescaya tiadalah sah nikahnya melainkan jika ada suaminya itu tiada sekupu dengan dia sebab lemah zakar atau sebab terpotong zakar jua tiada dengan sebab yang lainnya maka sahlah dinikahkan pleh hakim ( dan demikian lagi ) jika redha setengah daripada walinya yang bersamaan pada hampirnya dan tiada redha sekelian yang lainnya maka dinikahkan oleh seorang daripada mereka itu akan dia dengan redha perempuan itu atau diniikahkan akan dia oleh hakim nescaya tiadalah sah nikahnya ( dan demikian lagi ) jika dinikahkan akan perempuan yang bikir oleh bapanya atau neneknya dengan laki-laki yang tiada sekupu dengan dia dengan tiada redha perempuan itu bersuamikan dia nescaya tiadalah sah nikahnya.((36))
((37))( bermula ) jjika ikrar perempuan yang akil baligh lagi merdeka dengan katanya itu bahawa laki-laki itu lakiku bapaku yang nikahkan dia dengan aku serta dengan redhaku di hadapan dua orang saksi yang adil mak dibenar oleh laki-laki itu akan kata perempuan itu diterimalah ikrar perempuan itu maka hendaklah disurat oleh hakim akan perempuan itu kepada laki-laki itu kerana ia lakinya ( bermula ) jika diperdayakan orang akan seorang laki-laki dengan menyuruhkan isteri dengan perempuan hamba orang padahal dikatakannya akan dia dengan katanya bahawa perempuan ini merdeka kemudian maka dinikahinya akan perempuan itu kemudian maka beranak perempuan itu kemudian maka nyata bahawa perempuan itu hamba orang nescaya binasalah nikahnya itu tetapi anaknya itu jadi merdeka maka wajib atas bapanya membayar (qimat*) anaknya itu pada tuannya tetapi harus bagi bapanya itu minta bayarkan (qimatnya*) pada yang merdekakan akan dia itu dan wajib atas tuan ibunya menerima (qimahnya*)((37))
((38))( Bermula ) jika menyerupakan suami akan isterinya dengan ibunya seperti dikatanya bagi isterinya bahawa anggota mu seperti anggota ibu ku atau katanya muka mu seperti muka ibuku atau dikatakan belakangmu seperti belakang ibu ku maka perkataan sedemikian itu dinamakan zihar maka haramlah atasnya wathi dan bersuka sukaan dengan isterinya tetapi talaknya tiada jatuh ia sebab menyerupakan isterinya dengan ibunya itu hanya wajiblah atasnya kifarah jika tiada ditalaknya akan dia mengiringi lafaznya menyerupakan dia dengan ibunya itu tetapi jika segera ditalaknya akan dia mengiringi lafaznya yang tersebut itu maka luputlah daripada kifarah zihar maka iaitu memerdekakan seorang sahaya yang selamat daripada aib dan jika tiada kuasa ia menghasilkan sahaya maka puasa ia dua bulan berturut-turut dan jika tiada kuasa ia puasa maka memberi makan enam puluh miskin tiap-tiap seorang daripada mereka itu ( ) masuk empat dalam segantang fitrah.((38))
((39))( bermula ) Haram atas bapa mewathi sahaya anaknya jika diwathikan akan dia nescaya tiadalah had atasnya dan jikalau beranak ia dengandia maka anak itu merdeka lagi membangsakan bagi bapanya dan jadilah sahaya itu gundiknya maka wajib berbayar (qimahnya ) bagi anaknya dan jika mati ia jadi merdekalah gundiknya itu .((39))
((39a))( bermula ) haram atas anak mewathi sahaya bapanya atau sahaya ibunya maka jika diwathi akan dia wajiblah atasnya had dan jika beranak ia dengan dia tiadalah membangsai dia bagi bapanya dan tiada jadi merdeka ia melainkan apabila dimerdekakan akan dia oleh tuan ibunya.((39a))
((40))( Fasal ) Pada menyatakan Ijab dan Qabul maka Ijab iaiatu kata wali perempuan aku nikahkan akan dikau akan si anu dengan mahar sekian dan qabul itu iaitu kata laki laki yang dinikahkan itu ku terimalah menikahi si anu dengan mahar yang tersebut itu bermula syarat ijab dan qabu itu lim perkara ( pertama ) jangan mengatakan laki-laki yang dinikahkan itu perkataaan yang lain antara ijab dan qabul ( kedua) jangan lama diam laki-laki itu kemudian daripada sudah ijab ( ketiga ) jangan bersalahan antara ijab wali dan qabul laki-laki maka bersalahan ia seperti kata walinya ku nikahkan akan dikau akan anakku si Fatimah dengan mahar sekian maka kata laki-laki yang dinikahkan itu ku terimalah menikahi anakmu Aishah dengan mahar yang tersebut itu nescaya tiadalah sah nikahnya ( keempat ) hendaklah muafakat keduanya pada menyatakan bilangan maharnya maka jika tiada muafakat keduanya pada yang demikian itu seperti kata walinya aku nikahkan akan dikau dengan si fatimah dengan mahar dua puluh tahil emas maka kata laki-laki itu ku terimalah menikahi akan si Fatimah dengan mahar sepuluh tahil emas nescaya tiadalah sah nikahnya ( kelima ) jangan ada ijab dan qabul itu dengan ta’lik jika ada keduanya itu dengan ta’lik seperti kata walinya ku nikahkan dikau akan anakku si Fatimah dengan mahar sekian daripada emas apabila sudah engkau wathi sekali akan dia engkau talak anakku itu maka jawab laki-laki yang dinikahnya itu ku terimalah menikahi dia dengan mahar yang tersebut apabilah sudah aku wathi akan dia tertalaklah ia satu talak umpamanya nescaya tiada sah nikahnya.((40))
((41))( Fasal ) pada menyatakan khulu’ ya’ni menebus talak daripada suami maka jika berkata isteri bagi suaminya talak olehmu akan daku nescaya ku beri akan dikau sepuluh riyal umpamanya atau talak olehmu akan daku nescaya ku beri maharku yang kau hutang itu kepada ku kemudian maka ditalaknya akan dia dengan talak satu atau talak dua nescaya tertalaklah isteri itu dengan talak ba’in maka tiadalah dapat suaminya rujuk kepada isterinya sebab ditalaknya dengan ditebus oleh isterinya maka hendaklah ia kembali kepada isterinya itu dengan nikah pula tetapi syarat sah tebus talak itu jika isterinya itu baligh ( adapun ) jika ia belum baligh tiadalah sah tebusnya tetapi jika bapa perempuan yang belum baligh itu menebus talaknya daripada suaminya maka ditalaknya oleh suaminya dengan talak satu atau dua nescaya tiadalah tertalak ia dengan talak ba’in hanya adalah tertalak ia denga talak raj’I maka harus ia ruju’ kepadanya dengan lafaz tiada berkehendak kepada nikah itupun jika sudah wathi itu dengan dia ( adapun ) jika belum wathi ia dengan dia nescaya talaklan dengan ia talak ba’in.((41))
((42))( Fasal ) pada menyatakan talak bermula syarat sah talak itu lima syarat ( pertama) hendaklah yang mentalak itu sudah baligh ( adapun ) jika belum baligh maka tiadalah sah talaknya ( syarat yang kedua ) hendaklah ada ia akil maka tiada sah talak orang gila ( syarat yang ketiga ) hendaklah ada yang mentalak itu dengan ikhtiarnya maka tiada sah talak orang yang terlancar lidahnya pada mentalak isterinya ( syarat keempat ) hendaklah tahu yang mentalak itu akan erti talak iaitu lepas daripada jadi isterinya ( syarat yang kelima ) jangan ada digagahi orang atas mentalak dia maka tiada sah talak orang yang digagahi orang atasnya.((42))
((43))( Bermula ) sah talak dengan ta’lik seperti kata suaminya akan isterinya jika engkau naik ke rumah itu atau ke rumah ini tertalaklah engkau maka apabila naik perempuan itu ke rumah itu atau ke rumah ini nescaya jatuhlah talaknya seperti demikian itu.((43))
((44))(Bermula ) talak itu dua bagi ( pertama ) Talak soreh namanya ( kedua ) Talak kinayah namanya maka talak soreh itu iaitu kata suaminya akan isterinya ku talaklah akan dikau atau ku lepaskanlah akan dikau atau ku ceraikanlah engkau daripada aku maka gugurlah talaknya akan isterinya dan jika lafaz dengan lidahnya jua tiada beserta dengan niat didalam hatinya sekalipun.((44))
((45))( Adapun ) talak kinayah itu iaitu seperti kata suami akan isterinya jauhkanlah dirimu daripadaku atau putuslah engkau daripada aku atau rasailah laki-laki lain daripadaku maka sekelian lafaz kkinayah itu tiada jatuh talak dengan dia melainkan apabila serta dengan niat talak didalam hati .((45))
((46))( bermula ) jika berkata suami akan isterinya ku talaklah tanganmu atau jari mu atau susu mu atau mata mu atau telinga mu atau hidungmu atau farajmu maka gugurlah talak satu dan jika dua kali ia mengata seperti demikian itu gugurlah talak dua dan jika tiga kali ia mengata gugur lah talak tiga.((46))
((47))( bermula ) jika bertanya seorang pada seorang adakah bagimu isteri maka jawabnya tiada ada bagiku isteri maka apabila adalah baginya isteri jatuhlah satu talak pada isterinya itu kerana ia bersenda-sendakan syarak dengan dustanya ( dan ) jika bertanya seorang bagi seorang sudah engkau talakkah isterimu maka jawabnya bahkan atau sudah jatuhlah talaknya satu dan jika tiada dengan lafaz talak sekalipun.((47))
((48))( bermula ) Talak itu dua bagi pula (pertama ) Talak Ba’in Namanya ( ke dua ) Talak Raj’I namanya. ( Adapun ) talak ba’in itu dua bagi ( pertama ) ba’in kubra (kedua) ba’in syu’ra (adapun ) talak ba’in kubra itu maka iaitu talak tiga maka muraddad pada ba’in kubra itu bahawa tiada boleh kembali ia kepada isterinya itu melainkan dengan nikah kemudian daripada bercina buta.((48))
((49))( adapun ) talak ba’in syu’ra itu tiga bagi ( pertama ) mentalak isterinya belum wathinya akan dia apabila ditalaknya akan dia dengan talak satu atau talak dua ( kedua ) bagi talak ba’in syu’ra itu mentalak isterinya yang sudah wathinya akan dia denagan (Iwad*) ya’ni dengan tebus talak apabila ditalaknya akan dia dengan talak satu atau talak dua maka muradad pada ba’in syu’ra pada dua bagi itu bahawa tiada dapat ia ruju’pada isterinya melainkan dengan nikah ( ketiga ) bagi daripada ba’in syu’ra apabila murtad dua laki isteri atau murtad salah seorang daripada keduanya dan tiada kembali ia kepada agama Islam hingga lalu masa edahnya nescaya jadi ba’inlah perempuan itu maka tiada harus bagi suaminya rujuk kepada isterinya melainkan dengan nikah kemudian daripada kembali ia kepada agama Islam tetapi ba’in pada bagi yang ketiga ini tiada ia jadi sebab daripada talak hanya adalah ia jadi daripada sebab murtad. ((49))
((50))( Adapun ) talak raj’I ya’ni talak yang harus rujuk kepada isterinya dengan tiada nikah maka iaitu mentalak isterinya yang sudah diwathinya akan dia dengan talak satu jika ada ia hamba orang atau talak satu atau talak dua jika ada ia merdeka lagi dengan tiada ( Iwad )((50))
((51))(Bermula ) syarat harus rujuk itu tiga belas perkara ( pertama ) hendaklah ada suaminya yang rujuk itu jangan murtad maka tiadalah sah rujuk orang murtad ( kedua ) hendaklah ia baligh maka tiadalah sah rujuk kanak-kanak ( ketiga ) hendaklah ada ia akil maka tiada sah rujuk orang gila ( keempat ) hendaklah ada rujuk itu dengan ikhtiarnya maka tiada sah rujuk orang yang digagahi orang atas rujuk ( kelima ) hendaklah ada ia rujuk itu dengan lafaz yang menunjukkan atas rujuk seperti katanya ( radadtuka ilayya * ) artinya aku kembalikan engkau kepada ku atau katanya ( raja’tuka* ) atau ( artaji’tuka ) atau ( raja’tuki *) artinya kembali aku akan dikau atau ( amsakattuka ) artinya aku pegang akan dikau samada rujuk itu dengan lafaz soreh iaitu seperti lafaz yang tersebut itu atau dengan lafaz kinayah seperti katanya (tazzawajatika) atau (nakahtika ) artinya ku kahwin akan dikau maka tiada sah rujuk dengan tiada berlafaz seperti rujuk ia dengan fi’il seperti wathi ( keenam ) hendaklah rujuk itu dengan ( tanjiz*) maka tiada sah rujuk dengan ta’lik seperti katanya ( raja’tuka an syaat *) artinya kembaliku akan dikau jika engkau kehendaki ( ketujuh ) jangan ada ruju’ itu dengan (tawqit*) artinya diwaktukan dengan waktu maka tiada sah ruju’ dengan yang demikian itu seperti katanya ( raja’tuka syahran ) artinya kembaliku akan dikau sebulan ( kedelapan ) hendaklah ada isterinya itu sudah diwathinya akan dia dan jikalau pada dubur sekalipun maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang ditalak akan dia dahulu daripada mewathi dia ( kesembilan ) hendaklah ada isteri yang ditalak itu ( mu’inah* ) yakni yang ditentukan maka tiada sah rujuk kepada isterii yang (mumbahimah*) seperti ditalaknya akan salah seorang daripada dua isterinya dengan tiada tentu kemudian maka rujuk ia kepada yang ditalaknya itu sebelum menentukandia ( kesepuluh ) janganlah ada isterinya itu murtaddah maka tiada sah rujuk kepada isteri yang murtaddah ( ke sebelas) hendaklah ada isterinya itu di talak maka tiada sah ruju’ kepada isterinya yang ia dengan tiada ditalak seperti cerai ia dengan difasakh dan tiada sah rujuk kepada isteridan jangan ada ianya yang cerai ia dengan talak (iwad*) (kedua belas ) hendaklah ada isterinya itu didalam eddah maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang sudah lalu eddahnya ( ketiga belas ) janganlah ada talaknya tiga talak jika ada ia merdeka dan dua talak jika ada ia hamba orang maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang ditalaknya dengan talak tiga jika ada ia merdeka atau yang ditalaknya akan dia dengan talak dua jika ada ia hamba orang.((51))
((52))( bermula ) sunat bagi orang yang rujuk kepada isterinya bahawa persaksiannya akan rujuknya supaya keluar daripa khilaf orang yang mewajibkan dia dan dibenarkan isterinya dengan sumpahnya pada dakwaan sudah lalu eddahnya dengan suci atau dengan keluar anak apabila engkar suaminya akan yang demikian itu, itupun dengan syarat jika dapat lalu eddahnya didalam masa yang dikhabarkannya jika ada yang demikian itu menyalahi adat sekalipun kerana segala perempuan itu jadi kepercayaan meraka itu atas rahim mereka itu maka jika berkata perempuan yang ditalak padahal ia bunting demikian katanya “ eddahku sudah lalu dengan beranak “ dan engkar suaminya akan yang demikian itu nescaya dibenarkanlah perempuan itu dengan sumpahnya genap dua bulan dan dua lahzah daripada waktu yang dapat berhimpun keduanya kemudian daripada nikahnya kerana sekurang-kurangnya selesai bunting perempuan itu enam bulan dua lahzah , se lahzah bagi wathinya dan sel ahzah bagi beranak ( dan ) jika berkata ia telah berlalu eddahku dengan tiga kali suci dan engkar suaminya akan yang demikian itu dan adalah perempuan itu ditalak dalam sucinya yang didahului oleh haid nescaya dibenarkanlah ia dengan sumpahnya jika genap tiga puluh dua hari dan dua lahzah kemudian daripada talak kerana sekurang-kurang masa dapat lalu edahnya perempuan dengan suci yang ditalaknya didalam suci yang didahului oleh haid iaitu tiga puluh dua hari dan dua lahzah se lahzah bagi suci yang pertama dan se lahzah bagi masuk kepada haid yang ketiga ( ada pun ) jika di talak ia didalam suci yang tiada didahului haid maka sekurang-kurang edahnya empat puluh hari dan se lahzah kerana suci yang dijatuh talaknya dalamnya itu tiada dibilangkan daripada eddah kerana suci yang dibilangkan daripada eddah itu iaitu yang jatuh antara dua darah ya’ni dahulunya darah dan kemudiannya darah ( dan ) jika ditalak ia di dalam haid nescaya dibenarkanlah ia dengan sumpahnya jika genap empat puluh tujuh hari dan satu lahzah daripada ditalak kerana sekurang masa yang dapat lalu eddah perempuan dengan suci yang ditalak ia didalam haidnya iaitu empat puluh tujuh hari dan satu lahzah ya’ni lahzah masuk pada haid keempat, inilah jika ada perempuan itu merdeka ( adapun ) jika perempuan itu sahaya maka sekurang-kurang edahnya dengan suci enam belas hari dan selahzah jika ditalak didalam suci yang didahului oleh haid ( adapun) adapun ditalak ia didalam suci yang tiada didahului oleh haid maka sekurang-kurangnya eddahnya dengan suci tiga puluh dua hari dan satu lahzah (dan) jika ditalak ia didalam haid maka sekurang-kurang eddahnya dengan suci tiga puluh satu hari dan se lahzah ( adapun) lahzah yang akhir pada sekelian surah lalu eddah dengan suci itu bukan ia daripada eddah hanya dibilangkan akan dia supaya nyatalah dengan dia sempurna suci yang akhir jua ( dan ) jikalau mewathi suami akan isterinya yang bereddah dengan talak raj’I dan dimulainya lah eddah daripada selesai wathi dan tiada bunting ia dengan wathinya itu nescaya haruslah bagi suaminya rujuk didalam yang tinggal daripada eddah talak tiada didalam masa yang kemudiannya mithalnya jika diwathunya akan dia kemudian daripada lalu dua kali dimulainya lah eddah wathi tiga kali suci dan masuk dalamnya barang yang tingggal daripada eddah talak dan sekali suci yang pertama daripada yang tiga kali suci itu jatuh ia daripada eddah maka harus bagi suami rujuk dalamnya dan dua kali suci yang kemudian itu semata-mata bagi eddah wathi jua maka tiadalah harus bagi suami rujuk dalamnya ((52))
((53))( adapun ) jika perempuan itu bunting ia daripadanya dengan wathi itu maka bahawasanya harus bagi suaminya rujuk sebelum ia beranak((53))
((54))( bermula) haram bagi suami bersuka sukaan dengan isteri yang didalam eddah talak raj’I samada bersuka sukaan itu dengan wathi atau dengan lainnya dan tiada had atas suami sebab wathi dengan dia kerana subahah istilah ulamak pada hasilrujuk dengan wathi tetapi wajib mahar mislu atas sebab wathi dan jikalau rujuk ia kemudiannya sekalipun kerana bahawasanya perempuan yang ber iddah dengan talak raj’I itu seperti ba’in pada haram wathi dan bersuka sukaan dan wajib mahar dan seperti isteri ia pada sah zihar dan I’lat dan li’an daripadanya dan sah mentalak dia dan berwaris warisan antara keduanya((54))
((55))( adapun ) perempuan yang menghalalkan dan meredhakan isi kahwinnya bagi suaminya itu hendaklah dengan delapan syarat ( pertama ) hendaklah sudah baligh maka tiada sah kanak-kanak menghalalkan isi kahwinnya ( kedua ) hendaklah ia akil maka tiada sah perempuan yang gila menghalalkan isi kahwinnya ( ketiga ) hendaklah ia menghalalkan dengan ikhtiarnya maka tiada sah dengan digagahi orang atasnya ( keempat ) jangan ada ketika menghalalkan itu didalam sakitnya yang membawa maut ( adapun ) jika ada ketika ia menghalalkan itu didalam sakitnya yang membawa maut maka halalnya itu seperti hukum wasiat jua maka iaitu ditilik jika ada isi kahwinnya itu sesulus daripada sekelian hartanya atau kurang nescaya sahlah halalnya pada sekeliannya dan jika ada ia lebih daripada sulus hartanya maka sahlah hartanya sekadar sulus daripada hartanya dan tiada sah pada yang lainnya dan jika tiada baginya harta hanya isi kahwinnya itu jua nescaya sahlah halalnya pada sulus daripada isi kahwinnya dan tiada sah pada dua sulus melainkan diluluskan oleh segala warisnya akan dia ( kelima ) hendaklah jangan dengan ta’lik ( adapun) jika dihalalkan ia dengan ta’lik seperti dikatanya jika engkau talak akan daku nescaya ku halalkanlah isi kahwinku bagimu tiadalah sah halalnya (tetapi ) jika ditalaknya gugurlah talaknya ( keenam ) hendaklah disebutnya isi kahwinnya itu dengan tertentu jenisnya daripada emas atau perak atau lainnya ( adapun ) jika tiada disebutkan dengan jenisnya tiadalah sah halalnya ( ketujuh ) hendaklah disebutkannya dengan tertentu bilangannya seperti sepuluh dirham atau dua puluh dirham atau setahil emas atau dua tahil emas atau barangsebagainya ( adapun ) jika disebutkannya dengan tiada tertentu bilangan tiadalah sah halalnya ( kedelapan ) hendaklah ia menghalalkan itu dengan salah suatu daripada yang tiga lafaz ini iaitu seperti dikatanya ku halalkanlah akan dikau isi kahwinku sekian daripada emas atau ku berikanlah akan dikau isi kahwinku sepuluh tahil emas atau ku lepaskan hutangmu isi kahwinku ( adapun ) jika dihalalkannya akan dia dengan yang lain daripada umpama lafaz yang tiga itu nescaya tiadalah sah halalnya ( dan ) tiada disyaratkan pada sah halalnya itu qabul daripada suaminya hingga diam suaminya daripada melafazkan menerima dia nescaya sahlah halalnya.((55))
((56))( bermula ) jika dihalalkan oleh bapa perempuan atau sadaranya akan isi kahwinnya dengan tiada izinnya nescaya tiada lah sah halalnya ((56))
((57))( bermula ) jika berkata suami bagi isterinya yang belum diwathinya akan dia “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. Nescaya jatuhlah talaknya itu satu jua tiada jatuh talak tiga kerana perempuan itu ba’inlah ia dengan talak yang pertama jua dan talak yang kedua jika sudah wathi dan yang ketiga sia-sia jua tiada sah kerana perempuan itu keluar daripada isterinya dengan talak yang pertama maka adalah talak yang kedua dan ketiga itu seperti mentalak perempuan orang lain maka iaitu tiada sah ( adapun ) jika isteri itu sudah diwathinya akan dia kemudian dikatanya baginya “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. Nescaya gugurlah isterinya itu tiga talak (dan) jika berkata isterinya bagi suaminya talak olehmuu akan daku nescaya ku beri akan dikau dua puluh riyal umpamanya kemudian maka ditalaknya akan dia dengan katanya “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”.nescayalah gugurlah talaknya itu satu jua tiada talak tiga kerana bahawasanya perempuan itu jadi ba’inlah ia dengan talak yang pertama dan jika sudah wathi ia dengan dia sekalipun kerana talak dengan (iwad*) itu talak ba’in bukan talak raj’I maka jadi sia-sialah talak yang kedua dan ketiga.((57))
((58))(masalah ) jika ditalak oleh suami akan isterinya dengan lafaz ta’ ( huruf ta ) seperti katanya ku talak ( huruf ta ) engkau dengan tiga talak umpamanya adakah sah talaknya atau tiada ( jawab ) ada kalanya sah talaknya dan ada kalanya tiada sah maka jika ada ia daripada orang yang bebal yang tiada tahu membezakan akan ( huruf tho ) daripada huruf ( ta) maka sahlah talaknya dan jika ada ia daripada orang yang tahu membezakan ( huruf tho ) daripada huruf ( ta) maka tiadalah sah talaknya.((58))
((59))( Bermula ) jika digagahi orang yang murtad atas masuk Islam nescaya sahlah Islamnya ( dan ) jika digagahi seorang atas mentalak isterinya maka ditalaknya akan dia nescaya tiadalah sah talaknya ( dan ) jika berkata seorang laki-laki bagi perempuan yang (halat*) dengan katanya apabila ku nikahi akan dikau nescaya tertalaklah engkau kemudian maka nikahlah ia dengan dia sahlah nikahnya dan sia-sialah talaknya kerana tiada sah mentalak perempuan dahulu daripada nikah dengan dia ( dan ) jika berkata seorang bagi isterinya engkau ku talak dengan talak tiga insya Allah ta’ala maka ditilik dikehendakinya dengan katanya Insya Allah ta’ala itu kerana mengambil berkat jua sahlah talaknya dan jika dikehendakinya dengan dia akan ta’lik nescaya tiada sah talaknya ( dan ) jika berkata seorang bagi isterinya senkau ku talak dengan seribu talak atau seratus talak atau sepuluh talak nescaya jatuhlah talaknya itu tiga talak (dan) jika berkata ia baginya engkau ku talak dengan seisi langit atau bumi nescaya jatuhlah talaknya itu satu jua (dan) jika berkata jua baginya engkau ku talak dengan tengah dua talak nescaya jatuhlah talaknya dua talak atau engkau ku talak dengan tengah tiga talak nescaya jatuhlan talaknya itu tiga talak dan jika berkata seorang bagi isterinya engkau ku talak dengan tiga talak melainkan satu tualikan alak nescaya jatuhlah talaknya itu dua talak kerana tiap-tiap yang dikecualikan kemudian daripada ia sebut itu nafi hukumnya jadilah maknanya engkau ku talak tiga maka sabitlah guguir ketiganya melainkan satu talak daripadanya yang tiada gugur maka tinggalah yang sabit gugurnya dua talak ( bermula ) jika berkata seorang bagi isterinya dengan katanya jika kau aku wathi yang harus jatuhlah talak ku pada mu dahulu daripada wathi maka diwathiinya isterinya itu nescaya tiadalah jatuh talaknya kerana jika jatuh talaknya dahulu daripada wathinya nescaya haramlah wathinya dengan dia maka tiadalah diperoleh wathi yang dita’likkan jatuh talak dengan dia maka dari kerana inilah dihukumkan dengan tiada jatuh talaknya itu membawa kepada tiada jatuhnya ( bermula ) jika berkata seorang laki-laki bagi isterinya jika ku talak isteriku si khatijah tertalaklah isteriku si Aishah dan jika ku talak isteriku si Aishah tertalaklah Isteriku Khadijah kemudian ditalaknya keduanya tiadalah jatuh talak pada seorang jua pun daripada keduanya (dan) jika berkata seorang perempuan bagi suaminya engkau inilah daripada kaum isi neraka maka berkata suaminya baginya jika benar aku daripada kaum isi neraka tertalaklah engkau daripada aku maka ditilik jika ada ia kafir jatuhlah talaknya dan jika ada ia Islam tiadalah jatuh talaknya ( bermula ) jika berkata seorang laki-laki bagi isterinya jika engkau curi emasku atau riyalku yang engkau taruh itu nescaya tertalaklah engkau maka takkala suaminya pergi kepada hajatnya diambilnya oleh isterinya akan setengah emas atau riyalnya itu dan setengahnya ditaruh akan dia ditempatnya tiada jatuh talaknya kerana perempuan itu tiada hukum mencuri tetapi perempuan itu khianat jua pada taruhan suaminya.((59))
((60))Pada menyatakan eddah perempuan ( bermula ) eddah itu iaitu masa yang berhenti perempuan dalamnya daripada bersuami supaya diketahui kosong peranakkan daripada anak kerana memelihara nasab atau supaya memutuskan percitaan atas suaminya atau kerana tiada suatu daripada yang tersebut itu hanya kerana kebaktian yang disuruhkan syarak jua.((60))
((61))( Bermula ) Eddah itu wajib ia sebab wathi syubahah atau sebab bercerai suaminya yang hidup dengan isterinya kemudian daripada sudah masuk maninya yang ( muhtaram*) kedalam farajnya atau duburnya samada cerainya itu dengan talak atau fasakh oleh hakim atau terfasakh sebab li’an atau nusuz atau barang sebagainya dan jikalau diyakinkan kosong peranakan daripada anak sekalipun wajib jua atasnya eddah ( tetapi ) tiada bereddah sebab masuk maninya yang zina.((61))
((62))( Bermula ) eddah perempuan yang merdeka lagi yang haid iaitu tiga kali suci dan jika ada ia ( mustahadhah*) sekalipun maka jika ditalak ia pada ketika sucinya daripada haid nescaya lalulah eddah dengan masuk pada haid yang ketiga ( dan ) jika ada talaknya ia pada ketika haidnya lalulah eddahnya pada haidnya yang keempat (bermula ) eddah perempuan yang merdeka yang ( muttahirah*) yang ditalak ia pada permulaan bulan iaitu tiga bulan ( adapun) jika ditalak ia pada pertengahan bulan maka ditilik jika tinggal daripada bulan itu lebih banyak daripada lima belas hari maka dibilangkan ia sekali suci maka hendaklah disempurnakannya eddahnya dua bulan kemudiannya ( dan ) jika tinggal daripadanya lima belas hari atau kurang maka tiada dibilangkan ia sekali suci hanya hendaklah dieddahkan akan dia kemudiannya dengan tiga bulan hillaliah ( dan ) eddah perempuan sahaya yang haid atau yang ( mustahadhah ) yang tiada ( muttahirah*) iaitu dua kali suci samada perempuan itu sahaya sekeliannya atau merdeka setengahnya ( tetapi ) jika dimerdekakannya didalam eddah talak raj’I nescaya lalu eddahnya dengan tiga kali suci ( bermula ) eddah perempuan sahaya yang muttahirah yang ditalak ia pada awal bulan iaitu dua bulan dan jika ditalak ia pada pertengahan bulan maka ditilik jika tinggal daripada bulan itu lebih banyak daripada lima belas hari maka dibilangkanlah ia sekali suci maka hendaklah disempurnakannya eddahnya dengan sebulan kemudiannya dan jika tinggal daripada lima belas hari atau kurang tiadalah dibilangkan akan dia sekali suci hanya hendaklah ia bereddah kemudiannya dengan dua bulan .((62))
((63))( bermula ) eddah perempuan merdeka yang tiada sekali-kali berhaid atau yang sudah putus ia daripada haid iaitu tiga bulan hilaliah jika ditalak ia pada permulaannya bulan ( adapun ) jika ditalak pada pertengahan bulan hendaklah digenapinya akan dia tiga puluh hari daripada bulan yang keempat samada bulan itu genap atau kurang umpamanya jika ditalaknya akan dia pada akhir hari yang ke sepuluh daripada bulan haram hendaklah digenapinya akan dia dengan sepuluh hari daripada bulan Rabiul Akhir dan jika ada bulan Muharram itu kurang sekali pun ( bermula ) eddah perempuan sahaya yang tiada ber haid atau haid atau putus ia daripada haid iaitu tengah dua bulan ( bermula ) perempuan yang ber eddah haid apabila berhenti ia daripada haid didalam beberapa masa pada hal belum sampai masanya kepada tahun putus asa daripada haid hendahlah ia sabar menanti datang haid atau menanti datang tahun yang putus asa didalamnya daripada haid dan jikalau lama masanya ia menanti sekalipun maka apabila datangnya haidnya bereddahlah ia dengan tiga kali suci jika ia merdeka atau dua kali suci jika ada ia sahaya ( dan ) jika tiada datang haid hingga sampai umurnya kepada tahun putus ia daripada haid iaitu enam puluh dua tahun maka bereddahlah ia dengan tiga bulan jika ia merdeka, atau tengah dua bulan jika ada ia sahaya maka jikalau haid perempuan yang tiada biasa haid sekali-kali atau perempuan yang sudah putus asa daripada haid didalam pertengahan eddahnya dengan bulan nescaya berpindahlah ia daripada bereddah dengan bulan kepada bereddah dengan suci kerana bahawasanya eddah dengan suci itu asli maka apabila kuasa ia atas yang asli dahulu daripada selesai ia daripada eddah dengan bulan wajiblah atasnya mengerjakan yang asli bandingannya seperti orang yang tayammun kerana ketiadaan air yang mendapat ia akan air didalam pertengahan tayammunnya ((63))
((64))( dan demikianlagi ) jikalau haid perempuan yang putus asa daripada haid kemudian daripada selesai ia daripada bereddah bulan pada hal belum bersuami ia dengan laki-laki yang lain maka bahawasanya bereddahlah ia dengan suci kerana keadaan dirinya sebab haid itu bukan ia putus ia daripada haid tetapi jika sudah ia bersuami dengan laki-laki yang lain maka lalulah eddahnya dengan bulan yang telah selesai ia daripadanya (dan ) jikalau haid perempuan yang tiada haid sekali kemudian daripada selesai ia dengan eddah dengan bulan maka iaitu tiada mengapa hanya lalulah eddahnya dengan bulan yang telah selesai daripadanya ( bermula ) kebilangan pada putus asa perempuan daripada haid iaitu sekelian perempuan jua sekira-kira yang sampai khabarnya kepada kita tiada di syaratkan memeriksa segala perempuan didalam alam dan tiada kebilangan putus asa perempuan pada haid iaitu enam puluh dua tahun dan kata setengah ulama’ enam puluh tahun dan kata setengah ulamak mereka itu ( lima tahun)**((64))
((65))(Bermula ) eddah perempuan yang bunting itu lalu ia dengan keluar anaknya dan jika tiada dizahir buntingnya melainkan kemudian daripada bereddah ia dengan suci atau dengan bulan sekalipun kerana bahawasanya suci dan eddah dengan bulan itu tiada menunjukkan keduanya akan kosong peranakkan melainkan dengan zhan jua bersalahan keluar anak maka iaitu menunjukkan ia akan kosong peranakkan dengan yakin maka dari kerana inilah jika ada anak itu kembar dua umpamanya tiadalah lalu eddahnya melainkan apabila keluarnya pula anakknya yang kedua samada anak yan keluar itu hiidup atau mati , jikalau ada ia (mudhrah*) yang sudah berupa manusia lalulah eddahnya dengan keluarnya bersalahan jikalau keluar ( alaqah*) atau (mudhrah*) yang belum berupa manusia atau keluar anaknya itu seperti rupa binatang maka tiadalah lalu eddahnya dengan dia,. Inilah sekelian jika dapat dibangsakan akan anak itu kepada yang empunya eddah dan jikalau dengan ( Ihtimal*) sekalipun seperti bunting yang dinafikan dengan berli’an maka jika berli’an seorang laki-laki akan isterinya yang bunting dan din afikan keadaan buntingnya ia daripadanya nescaya lalu eddah dengan keluar anaknya ( dan ) jika nafi anak itu daripadanya sekalipun kerana dapat dibangsakan buntingnya itu daripadanya ( adapun ) jika tiada dapat membangsakan bunting itu kepadanya maka tiadalah lalu eddahnya itu dengan beranak seperti mati seorang kanak-kanak yang (mamsuh*) meninggalkan isterinya bunting maka tiadalah lalu eddah isterinya itu dengan beranak kerana anak itu tiada dapat dibangsakan bagi kanak-kanak atau (mamsuh*) dan jikalau syak seorang perempuan didalam eddahnya pada keadaan dirinya yang bunting sebab dirasanya didalam perutnya berat atau gerak wajiblah atasnya sabar daripada bersuami kemudioan lalu daripada eddahnya maka janganlah ia bersuami hingga hilang syaknya akan yang demikian itu maka jika nikah ia didalam syaknya akan buntingnya tiadalah sah nikahnya (dan ) jika syak ia pada keadaan dirinya bunting kemudian daripada sudah lalu eddahnya sunatlah baginya sabar bersuami hingga hilang syaknya maka jika nikah ia dahulu daripada hilang syak nya atau syak keadaan dirinya bunting kemudian daripada nikah dengan laki-laki yang lain tiadalah batal nikahnya melainkan jika beranak ia kurang daripada enam bulan daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya kemudian daripada akad nikah makalah tiada batallah nikahnya dan adalah anak itu bagi suami yang pertama jika dapat keadaannya jadi daripadanya bersalahan jika beranaknya ia bagi enam bulan atau lebih tiadalah batal nikahnya dan adalah anaknya itu bagi suaminya yang kedua dan jik dapat keadaannya jadi daripada suami yang pertama sekalipun ( dan ) jikalau mewathi seorang laki-laki akan seorang perempuan dengan wathi subahah kemudian daripada lalu eddahnya hendaklah ia (sir*) daripada bersuami kemudiannya maka jika bunting ia dan beranak ia kurang daripada enam bulan daripada wathi syubahah nescaya adalah anaknya itu bagi suami yang dahulu jika dapat keadaan jadi daripadanya ( dan ) jika beranak ia bagi enam bulan atau lebih nescaya adalah anaknya itu bagi yang mewathi dia dengan wathi syubahah dan jikalau mentalak seorang akan isterinya dengan talak ba’in atau talak raj’I kemudian maka beranak ia kemudiannya daripada empat tahun atau kurang daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya dahulu daripada cerainya nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang mentalak dia itupun jika tiada bersuami dengan laki-laki yang lain atau bersuami dengan laki-laki yang tiada dapat keadaanya anak itu jadi daripadanya ( adapun ) jika bersuami ia dengan laki-laki yang lain kemudian daripada lalu eddahnya daripada suaminya yang pertama kemudian beranak ia bagi enam bulan atau lebih daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya kemudian daripada akad nikah nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang kedua ( dan ) jikalau bersuami ia dengan laki-laki yang lain dengan niikah yang (fasid*) didalam pertengahan edahnya daripada suaminya yang dahulu pada hal adalah suaminya yang kedua itu jahil ia akan keadaan isterinya didalam eddah kemudian maka beranak ia ditilik jika dapat anak itu jadi daripada suaminya yang kedua jua tiada dapat jadinya daripada suaminya yang pertama seperti beranak ia bagi lebih daripada empat tahun daripada jimak suami yang pertama yang dahulu daripada cerainya dan bagi enam bulan atau lebih daripada jimak suami yang kedua nescaya adalah anak itu suami yang kedua ( dan ) jika dapat anak itu daripada suami yang pertama jua tiada dapat jadikan daripada suaminya yang kedua seperti beranak ia bagi empat tahun atau kurang daripada jimak suaminya yang pertama dahulu daripada cerainya dan bagi kurang daripada enam bulan pada jimak suami yang kedua nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang pertama jua dan lalu eddahnya dbereddah pula bagi daripada suaminya yang pertama dengan keluar anak kemudian maka bereddah pula bagi suaminya yang kedua (dan ) jika dapat keadaan anak itu jadi daripada suaminya yang pertama dan suaminya yang kedua seperti beranak ia bagi empat tahun atau kurang daripada jimak suami yang pertama dan bagi enam bulan atau lebih daripada jimak suaminya yang kedua nescaya samarlah nasab anak itu maka berkehendak pada menentukandia kepada (qaip ) maka jika diperhubungkan oleh ( qaip * ) akan anak itu dengan suami yang pertama nescaya adalah anak itu anak oleh suaminya pertama dan jika hubungkannya akan dia dengan suaminya yang ke dua nescaya adalah ia anak oleh suaminya yang kedua ( adapun ) jika hubungkannya akandia dengan keduanya atau nafikannya akan dia daripada keduanya atau samarlah atas (qaip*) sekali hendaklah dinantikannya balighnya kemudian maka yang mana diakuinya bapa oleh anak itu maka iaitulah bapanya dan dialah yang empunya anak dan jika tiada dapat keadaan anak itu daripada suaminya yang pertama dan yang kedua seperti beranak ia bagi masa kurang daripada enam bulan daripada jimak yang kedua dan lebih daripada empat tahun daripada jimak suaminya yang pertama nescaya tiadalah diperhubungkan anak itu dengan suaminya yang pertama dan yang kedua maka diketahui daripada yang tyersebut itu bahawasanya sebanyak-banyak masa bunting itu empat tahun dan sekurang-kurangnya enam bulan.((65))
((66))( Fasal ) pada menyatakan dua eddah yang bermasuk-masukan dan yang tiada bermasukan bermula apabila wajiblah atas perempuan itu dua eddah daripada seorang laki-laki daripada satu jenis seperti mentalak seorang laki-laki akan isterinya dengan talak raj’I kemudian maka diwathinya akan dia didalam eddah yang lain daripada bunting seperti adalah eddahnya itu eddah suci atau eddah bulan dan tiada bunting ia dengan wathinya itu nescaya bermasuk masukanlah dua eddah itu ya’ni eddah talak dan eddah wathi maka hendaklah dimulai eddah dengan suci atau dengan bulan kemudian daripada selesai wathinya dan masuklah yang tinggal daripada eddah talak ke dalam eddah wathi dan adalah yang tinggal daripada eddah talak itu jatuh ia daripada dua jahat ya’ni eddah talak dan eddah wathi ( dan ) harus bagi suami rujuk kepada isterinya daripada masa yang tinggal daripada eddah talak tiada harus yang kemudiannya umpamanya jika mentalak seorang laki-laki akan isterinya dengan talak raj’I maka bereddah isterinya itu dengan tiga bulan umpamanya maka pada akhir bulan pertama diwathinya akan dia nescaya bermasuk-masukkanlah eddah talak dan eddah wathi itu maka dimulainyalah eddah daripada selesai wathi iaitu permulaan bulan yang kedua daripada bulan eddah talak dan masuklah yang tinggal daripada eddah talak iaitu bulan yang kedua dan yang ketiga daripada eddah wathi dan harus bagi suami rujuk daripada bulan yang kedua dan yang ketiga daripada bulan eddah wathi maka bulan yang pertama tiada jatuh ia melainkan daripada (jahat*) eddah talak ua ( adapun ) dua bulan yang pertengahan maka iaitu jatuh ia daripada dua (jahat*) ya’ni jahat eddah talak dan (jahat*) eddah wathi ( dan demikian lagi) apabila wajiblah atas perempuan dua eddah daripada seorang laki-laki tetapi adalah eddah itu daripada dua jenis seperti mentalak seorang laki-laki akan isterinya yang tiada bunting kemudian diwathi akan dia didalam eddahnya dengan suci dan bunting ia dengan dia atau ditalaknya akan isrterinya yang bunting kemudian maka diwathinya akan dia dahulu daripada keluar anaknya dan adalah isterinya daripada perempuan yang berhaid nescaya bermasuk-masukkanlah dua eddah ya’ni masuk eddah suci itu kedalam eddah bunting kerana yang empunya eddah seorang jua maka lalulah eddah itu dengan keluar anaknya dan adalah keluar anaknya itu jatuh ia daripada dua jahat dan harus bagi suami rujuk kepada isterinya dahulu daripada keluar anaknya jika ada talaknya itu talak raj’I ( dan) apabila wajiblah atas perempuan itu dua eddah daripada dua orang laki-laki seperti adalah ia didalam eddah suaminya atau didalam eddah wathi syubahah kemudian maka diwathi akan dia oleh laki-laki yang lain dengan wathi syubahah atau perempuan itu bereddah ia dengan wathi syubahah kemudian maka talak akan dia oleh suaminya didalam eddahnya nescaya tiadalah bermasuk-masukan dua eddah itu kerana berlainan lainnya yang empunya eddah tetapi hendaklah bereddah ia bagi tiap-tiap keduanya dengan eddah yang sempurna (dan ) jika ada pada salah satu daripada dua eddah itu eddah bunting nescaya didahulukanlah akan dia daripada yang lainnya samada bunting itu terdahulu atau terkemudian kerana bahawasa eddah bunting itu tiada menerima ia akan ta’khir maka jika ada bunting itu daripada suaminya yang mentalak dia kemudian diwathi orang akan dia dengan wathi syubahah nescaya lalulah eddah bunting dengan keluar anak kemudian maka bereddahlah ia pula bagi wathi syubahah tiga kali suci jika ia merdeka (dan ) jika tiada ada bunting mana yang ada padanya talak dan wathi syubahah nescaya didahulukan eddah talak atas eddah syubahah dan jika terdahulu wathi syubahah daripada eddah syubahah ( dan ) harus bagi suami ruju’ didalam eddah talak samada ada ianya bunting atau tiada ( dan ) harus pula baginya rujuk dahulu daripada eddah talak seperti bahawa ada isterinya yang ditalaknya itu bunting sebab diwathi orang dengan wathi syubahah dan jika rujuk ia didalam nifasnya sekalipun ( dan ) jika rujuk suaminya didalam eddah talak padahal tiada ada isterinya itu bunting nescaya putuslah eddah talak dan masuklah perempuan itu dengan eddah syuibahah ( dan ) tiada harus bagi suami wathi dan ber suka-sukaan dengan isterinya hingga lalu eddah syubahah ( dan ) jika ada isterinya yang ditalaknya itu bunting dengan dia dan rujuk ia didalam eddah nescaya putuslah eddahnya sebab rujuk dan bereddah ia pula bagi syubahah kemudian daripada keluar anaknya daripada nifas (dan ) harus bagi suaminya bersuka-sukaan dengan dia hingga masuk ia kepada eddah syubahah ( dan ) jika ada isterinya yang ditalaknya itu bunting daripada wathi syubahah dan rujuklah kepadanya maka tiadalah harus baginya bersuka-sukaan dengan dia hingga keluar anaknya.((66))
((67))( Fasal menyatakan hukum muasyarah ) ya’ni menyertai isteri yang dudah ditalaknya akan dia dengan talak raj’I ( bermula ) apabila menyertai seorang akan isterinya yang telah ditalaknya dengan talak raj’I didalam eddahnya dengan suci dengan bulan dengan tiada dirujuk nescaya tiadalah lalu eddahnya dan jikalau lalu masa eddahnya dengan suci atau dengan bulan sekalipun samada disertainya akan dia dengan wathi atau tiada dengan wathi seperti bersatu-satu ia dengan dia pada tidur dan makan dan barang sebagainya maka yang demikian itu haram hukumnya ( dan ) harus baginya rujuk selagi didalam eddahnya dengan suci atau dengan bulan dan tiada harus baginya rujuk kemudian daripada lalu masa yang tersebut itu dan jika tiada lalu dengan dia eddahnya sekalipun kerana mengerjakan ikhtiar dan membuang akan dia talak hingga lalu eddahnya ( adapun ) jika isterinya yang disertainya itu yang tertalak dengan talak ba’in lalu eddahnya dengan suci atau dengan bulan atau ada ia tertalak dengan talak raj’I tetapi disertainya akan dia didalam eddah bunting lalu eddahnya dengan keluar anaknya ( syahdan ) jikalau menikah seorang laki-laki akan perempuan yang bereddah dengan lainnya pada hal di zhankannya akan sah nikahnya dan wathinya nescaya putuslah eddahnya dengan wathi bersalahan jika tiada diwathinya akan dia jika disertainya sekalipun ( dan ) jikalau rujuk seorang laki-laki kepada isterinya yang tiada bunting atau yang bunting maka beranak ia kemudian maka ditalak akan dia hendaklah dimulainya akan eddah dan jika tiada diwathinya ia dengan dia kemudian daripada rujuk itu sekalipun ( dan ) jika ditalaknya akan dia dahulu daripada beranak nescaya lalu eddahnya dengan beranak ( dan ) jika diwathinya akan dia sekalipun ( dan ) jikalau menikah seorang laki-laki akan perempuan yang bereddah dengan dia kemudian maka diwathnya kemudian akan dia kemudian ditalaknya akan dia hendaklah dimulainya akan eddahnya sebab wathi dan masulklah ia tinggal daripada eddah yang dahulu kemudian daripada eddah talak yang dimulai akan dia kerana bahawasanya dua eddah itu daripada seorang jua ( tetapi ) ditalaknya akan dia dahulu daripada eddah dan tiada eddah bagi talak eni kerana bahawasanya pada nikah baharu yang ditalaknya akan dia dalamnya sebelum wathi dengan dia.((67))
((68))( Fasal ) pada menyatakan eddah wafat ( bermula ) wajib eddah atas perempuan sebab mati suaminya maka eddahnya itu empat bulan sepuluh hari jika ada perempuan itu merdeka lagi tiada ia bunting tetapi ada ia bunting tetapi dengan laki-laki yang lain daripada suaminya seperti adalah perempuan itu isteri oleh kanak-kanak atau oleh mamsuh ( dan ) jika ada peremppuan yang mati suaminya itu didalam eddah talak raj’I atau tiada diwathinya oleh suaminya sekalipun ( dan ) dan jika ada perempuan itu tiada merdeka lagi tiada ia bunting atau bunting ia dengan laki-laki yang lain daripada suaminnya maka eddahnya dua bulan lima hari ( adapun ) jika ada perempuan yang mati suaminya itu bunting daripada suaminya maka eddahnya lalu dengan keluar anaknya samada perempuan itu merdeka atau tiada merdeka dan jika ada suaminya itu terpotong zakarnya atau terpotong dua biji pelirnya sekalipun ((68))
((69))( bermula ) suami yang (maqpu*) yang lenyap yang tiada diketahuinya matinya dan hidupnya tiadalah harus bagi isterinya bersuami hingga nyata matinya atau talaknya kemudian maka bereddahlah ia kemudian daripada sabit demikian itu maka jika dihukumkan oleh kadhi dengan harus nikahnya dahulu daripada sabitnya nescaya dibatalkanlah hukumnya ( tetapi ) jika bernikah perempuan itu daripada sabit mati suaminya maka nyata keadaan suaminya itu mati dahulu daripada nikahnya maka dari lalu eddahnya nescaya sahlah nikahnya kerana sunyi ia daripada (maniq* ) pada (waqi’ *) adalah benda yang demikian itu seperti seorang menjual harta bapanya pada hal sangkanya bapanya sudah mati maka nyata keadaan bapanya itu sudah mati maka nyata keadaan bapanya itu sudah mati dahulu daripada menjual hartanya maka iaitu sah jualnya.((69))
((70))( Pasal pada menyatakan ihdad ) bermula wajib ihdad diatas perempuan yang kematian suaminya selama lagi didalam eddahnya yang empat bulan sepuluh hari ( maka ) erti ihdad itu meninggalkan memakai kain yang bercelup dengan warna yang dikasad dengan dia perhiasan dan jika ada kain itu dicelup dahulu daripada ditenun atau ada ia kasar sekalipun ( dan ) meninggalkan memakai perhiasan daripada emas dan perak dan kain pada siang hari seperti gelang dan cincin dan kerincing dan semaian daripada mutiara atau barang sebagainya ( dan ) meninggalkan memakai bau-bauan pada badan dan pada kain dan pada pakaian dan pada celak dan meninggalkan memakai minyak rambut kepala ( dan ) meninggalkan daripada memakai celak dengan perhiasan seperti (athmad*) dan jikalau ada orang warna tubuhnya itu hitam sekalipun dan seperti dan seperti celak yang kuning dan jika ada orang warna tubuhnya itu putih sekalipun ( dan ) jika tiada ia pada celak yang hitam atau yang kuning itu bau-bauan sekalipun melainkan kerana ubat sakit mata maka harus baginya memakai celak pada malam jua dan hendaklah disapu ia pada siang hari( dan ) meninggalkan memakai inai ( dan ) jikalau meninggalkan perempuan yang kematian suami itu akan ihdad didalam masa iddahnya derhakalah sebab meninggalkan wajib tetapi apabila lau masa empat bulan sepuluh hari nescaya lalu eddahnya dan jikalau ditingalkan akan ihdad itu sekalipun ( dan ) harus ihdad bagi perempuan yang kematian yang kematian kematian kerabatnya atau tuannya sekadar tiga hari jua tiadalah lebih .((70))
((71))( Tamat al kitabah fi hukmi nikah pada hari isnin yang ketiga belas haribulan safar pada tahun hijrah seribu dua ratus delapan puluh sembilan tahun ketiga itulah siap menyurat kitab ini )((71))

**Sesiapa yang berminat untuk mendapat kitab asal (tulisan jawi) bolehlahlah emailakan kepada alamat sabri_mnr@yahoo.com dengan harga RM 10.00 termasuk belanja pos. terima Kasih

Tuesday, July 15, 2008

Blog Ini Dalam Pembinaan

Mohon Kemaafan Jua , Blog ini dalam proses pembinaan , Harap Bersabar .....