Wednesday, July 16, 2008

((64))( dan demikianlagi ) jikalau haid perempuan yang putus asa daripada haid kemudian daripada selesai ia daripada bereddah bulan pada hal belum bersuami ia dengan laki-laki yang lain maka bahawasanya bereddahlah ia dengan suci kerana keadaan dirinya sebab haid itu bukan ia putus ia daripada haid tetapi jika sudah ia bersuami dengan laki-laki yang lain maka lalulah eddahnya dengan bulan yang telah selesai ia daripadanya (dan ) jikalau haid perempuan yang tiada haid sekali kemudian daripada selesai ia dengan eddah dengan bulan maka iaitu tiada mengapa hanya lalulah eddahnya dengan bulan yang telah selesai daripadanya ( bermula ) kebilangan pada putus asa perempuan daripada haid iaitu sekelian perempuan jua sekira-kira yang sampai khabarnya kepada kita tiada di syaratkan memeriksa segala perempuan didalam alam dan tiada kebilangan putus asa perempuan pada haid iaitu enam puluh dua tahun dan kata setengah ulama’ enam puluh tahun dan kata setengah ulamak mereka itu ( lima tahun)**((64))

No comments: