Wednesday, July 16, 2008
((57))( bermula ) jika berkata suami bagi isterinya yang belum diwathinya akan dia “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. Nescaya jatuhlah talaknya itu satu jua tiada jatuh talak tiga kerana perempuan itu ba’inlah ia dengan talak yang pertama jua dan talak yang kedua jika sudah wathi dan yang ketiga sia-sia jua tiada sah kerana perempuan itu keluar daripada isterinya dengan talak yang pertama maka adalah talak yang kedua dan ketiga itu seperti mentalak perempuan orang lain maka iaitu tiada sah ( adapun ) jika isteri itu sudah diwathinya akan dia kemudian dikatanya baginya “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. Nescaya gugurlah isterinya itu tiga talak (dan) jika berkata isterinya bagi suaminya talak olehmuu akan daku nescaya ku beri akan dikau dua puluh riyal umpamanya kemudian maka ditalaknya akan dia dengan katanya “engkau ku talak”. “engkau ku talak”. “engkau ku talak”.nescayalah gugurlah talaknya itu satu jua tiada talak tiga kerana bahawasanya perempuan itu jadi ba’inlah ia dengan talak yang pertama dan jika sudah wathi ia dengan dia sekalipun kerana talak dengan (iwad*) itu talak ba’in bukan talak raj’I maka jadi sia-sialah talak yang kedua dan ketiga.((57))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment