Wednesday, July 16, 2008

((66))( Fasal ) pada menyatakan dua eddah yang bermasuk-masukan dan yang tiada bermasukan bermula apabila wajiblah atas perempuan itu dua eddah daripada seorang laki-laki daripada satu jenis seperti mentalak seorang laki-laki akan isterinya dengan talak raj’I kemudian maka diwathinya akan dia didalam eddah yang lain daripada bunting seperti adalah eddahnya itu eddah suci atau eddah bulan dan tiada bunting ia dengan wathinya itu nescaya bermasuk masukanlah dua eddah itu ya’ni eddah talak dan eddah wathi maka hendaklah dimulai eddah dengan suci atau dengan bulan kemudian daripada selesai wathinya dan masuklah yang tinggal daripada eddah talak ke dalam eddah wathi dan adalah yang tinggal daripada eddah talak itu jatuh ia daripada dua jahat ya’ni eddah talak dan eddah wathi ( dan ) harus bagi suami rujuk kepada isterinya daripada masa yang tinggal daripada eddah talak tiada harus yang kemudiannya umpamanya jika mentalak seorang laki-laki akan isterinya dengan talak raj’I maka bereddah isterinya itu dengan tiga bulan umpamanya maka pada akhir bulan pertama diwathinya akan dia nescaya bermasuk-masukkanlah eddah talak dan eddah wathi itu maka dimulainyalah eddah daripada selesai wathi iaitu permulaan bulan yang kedua daripada bulan eddah talak dan masuklah yang tinggal daripada eddah talak iaitu bulan yang kedua dan yang ketiga daripada eddah wathi dan harus bagi suami rujuk daripada bulan yang kedua dan yang ketiga daripada bulan eddah wathi maka bulan yang pertama tiada jatuh ia melainkan daripada (jahat*) eddah talak ua ( adapun ) dua bulan yang pertengahan maka iaitu jatuh ia daripada dua (jahat*) ya’ni jahat eddah talak dan (jahat*) eddah wathi ( dan demikian lagi) apabila wajiblah atas perempuan dua eddah daripada seorang laki-laki tetapi adalah eddah itu daripada dua jenis seperti mentalak seorang laki-laki akan isterinya yang tiada bunting kemudian diwathi akan dia didalam eddahnya dengan suci dan bunting ia dengan dia atau ditalaknya akan isrterinya yang bunting kemudian maka diwathinya akan dia dahulu daripada keluar anaknya dan adalah isterinya daripada perempuan yang berhaid nescaya bermasuk-masukkanlah dua eddah ya’ni masuk eddah suci itu kedalam eddah bunting kerana yang empunya eddah seorang jua maka lalulah eddah itu dengan keluar anaknya dan adalah keluar anaknya itu jatuh ia daripada dua jahat dan harus bagi suami rujuk kepada isterinya dahulu daripada keluar anaknya jika ada talaknya itu talak raj’I ( dan) apabila wajiblah atas perempuan itu dua eddah daripada dua orang laki-laki seperti adalah ia didalam eddah suaminya atau didalam eddah wathi syubahah kemudian maka diwathi akan dia oleh laki-laki yang lain dengan wathi syubahah atau perempuan itu bereddah ia dengan wathi syubahah kemudian maka talak akan dia oleh suaminya didalam eddahnya nescaya tiadalah bermasuk-masukan dua eddah itu kerana berlainan lainnya yang empunya eddah tetapi hendaklah bereddah ia bagi tiap-tiap keduanya dengan eddah yang sempurna (dan ) jika ada pada salah satu daripada dua eddah itu eddah bunting nescaya didahulukanlah akan dia daripada yang lainnya samada bunting itu terdahulu atau terkemudian kerana bahawasa eddah bunting itu tiada menerima ia akan ta’khir maka jika ada bunting itu daripada suaminya yang mentalak dia kemudian diwathi orang akan dia dengan wathi syubahah nescaya lalulah eddah bunting dengan keluar anak kemudian maka bereddahlah ia pula bagi wathi syubahah tiga kali suci jika ia merdeka (dan ) jika tiada ada bunting mana yang ada padanya talak dan wathi syubahah nescaya didahulukan eddah talak atas eddah syubahah dan jika terdahulu wathi syubahah daripada eddah syubahah ( dan ) harus bagi suami ruju’ didalam eddah talak samada ada ianya bunting atau tiada ( dan ) harus pula baginya rujuk dahulu daripada eddah talak seperti bahawa ada isterinya yang ditalaknya itu bunting sebab diwathi orang dengan wathi syubahah dan jika rujuk ia didalam nifasnya sekalipun ( dan ) jika rujuk suaminya didalam eddah talak padahal tiada ada isterinya itu bunting nescaya putuslah eddah talak dan masuklah perempuan itu dengan eddah syuibahah ( dan ) tiada harus bagi suami wathi dan ber suka-sukaan dengan isterinya hingga lalu eddah syubahah ( dan ) jika ada isterinya yang ditalaknya itu bunting dengan dia dan rujuk ia didalam eddah nescaya putuslah eddahnya sebab rujuk dan bereddah ia pula bagi syubahah kemudian daripada keluar anaknya daripada nifas (dan ) harus bagi suaminya bersuka-sukaan dengan dia hingga masuk ia kepada eddah syubahah ( dan ) jika ada isterinya yang ditalaknya itu bunting daripada wathi syubahah dan rujuklah kepadanya maka tiadalah harus baginya bersuka-sukaan dengan dia hingga keluar anaknya.((66))

No comments: