Wednesday, July 16, 2008

((38))( Bermula ) jika menyerupakan suami akan isterinya dengan ibunya seperti dikatanya bagi isterinya bahawa anggota mu seperti anggota ibu ku atau katanya muka mu seperti muka ibuku atau dikatakan belakangmu seperti belakang ibu ku maka perkataan sedemikian itu dinamakan zihar maka haramlah atasnya wathi dan bersuka sukaan dengan isterinya tetapi talaknya tiada jatuh ia sebab menyerupakan isterinya dengan ibunya itu hanya wajiblah atasnya kifarah jika tiada ditalaknya akan dia mengiringi lafaznya menyerupakan dia dengan ibunya itu tetapi jika segera ditalaknya akan dia mengiringi lafaznya yang tersebut itu maka luputlah daripada kifarah zihar maka iaitu memerdekakan seorang sahaya yang selamat daripada aib dan jika tiada kuasa ia menghasilkan sahaya maka puasa ia dua bulan berturut-turut dan jika tiada kuasa ia puasa maka memberi makan enam puluh miskin tiap-tiap seorang daripada mereka itu ( ) masuk empat dalam segantang fitrah.((38))

No comments: