Wednesday, July 16, 2008
((51))(Bermula ) syarat harus rujuk itu tiga belas perkara ( pertama ) hendaklah ada suaminya yang rujuk itu jangan murtad maka tiadalah sah rujuk orang murtad ( kedua ) hendaklah ia baligh maka tiadalah sah rujuk kanak-kanak ( ketiga ) hendaklah ada ia akil maka tiada sah rujuk orang gila ( keempat ) hendaklah ada rujuk itu dengan ikhtiarnya maka tiada sah rujuk orang yang digagahi orang atas rujuk ( kelima ) hendaklah ada ia rujuk itu dengan lafaz yang menunjukkan atas rujuk seperti katanya ( radadtuka ilayya * ) artinya aku kembalikan engkau kepada ku atau katanya ( raja’tuka* ) atau ( artaji’tuka ) atau ( raja’tuki *) artinya kembali aku akan dikau atau ( amsakattuka ) artinya aku pegang akan dikau samada rujuk itu dengan lafaz soreh iaitu seperti lafaz yang tersebut itu atau dengan lafaz kinayah seperti katanya (tazzawajatika) atau (nakahtika ) artinya ku kahwin akan dikau maka tiada sah rujuk dengan tiada berlafaz seperti rujuk ia dengan fi’il seperti wathi ( keenam ) hendaklah rujuk itu dengan ( tanjiz*) maka tiada sah rujuk dengan ta’lik seperti katanya ( raja’tuka an syaat *) artinya kembaliku akan dikau jika engkau kehendaki ( ketujuh ) jangan ada ruju’ itu dengan (tawqit*) artinya diwaktukan dengan waktu maka tiada sah ruju’ dengan yang demikian itu seperti katanya ( raja’tuka syahran ) artinya kembaliku akan dikau sebulan ( kedelapan ) hendaklah ada isterinya itu sudah diwathinya akan dia dan jikalau pada dubur sekalipun maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang ditalak akan dia dahulu daripada mewathi dia ( kesembilan ) hendaklah ada isteri yang ditalak itu ( mu’inah* ) yakni yang ditentukan maka tiada sah rujuk kepada isterii yang (mumbahimah*) seperti ditalaknya akan salah seorang daripada dua isterinya dengan tiada tentu kemudian maka rujuk ia kepada yang ditalaknya itu sebelum menentukandia ( kesepuluh ) janganlah ada isterinya itu murtaddah maka tiada sah rujuk kepada isteri yang murtaddah ( ke sebelas) hendaklah ada isterinya itu di talak maka tiada sah ruju’ kepada isterinya yang ia dengan tiada ditalak seperti cerai ia dengan difasakh dan tiada sah rujuk kepada isteridan jangan ada ianya yang cerai ia dengan talak (iwad*) (kedua belas ) hendaklah ada isterinya itu didalam eddah maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang sudah lalu eddahnya ( ketiga belas ) janganlah ada talaknya tiga talak jika ada ia merdeka dan dua talak jika ada ia hamba orang maka tiada sah rujuk kepada isterinya yang ditalaknya dengan talak tiga jika ada ia merdeka atau yang ditalaknya akan dia dengan talak dua jika ada ia hamba orang.((51))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment