Wednesday, July 16, 2008
((65))(Bermula ) eddah perempuan yang bunting itu lalu ia dengan keluar anaknya dan jika tiada dizahir buntingnya melainkan kemudian daripada bereddah ia dengan suci atau dengan bulan sekalipun kerana bahawasanya suci dan eddah dengan bulan itu tiada menunjukkan keduanya akan kosong peranakkan melainkan dengan zhan jua bersalahan keluar anak maka iaitu menunjukkan ia akan kosong peranakkan dengan yakin maka dari kerana inilah jika ada anak itu kembar dua umpamanya tiadalah lalu eddahnya melainkan apabila keluarnya pula anakknya yang kedua samada anak yan keluar itu hiidup atau mati , jikalau ada ia (mudhrah*) yang sudah berupa manusia lalulah eddahnya dengan keluarnya bersalahan jikalau keluar ( alaqah*) atau (mudhrah*) yang belum berupa manusia atau keluar anaknya itu seperti rupa binatang maka tiadalah lalu eddahnya dengan dia,. Inilah sekelian jika dapat dibangsakan akan anak itu kepada yang empunya eddah dan jikalau dengan ( Ihtimal*) sekalipun seperti bunting yang dinafikan dengan berli’an maka jika berli’an seorang laki-laki akan isterinya yang bunting dan din afikan keadaan buntingnya ia daripadanya nescaya lalu eddah dengan keluar anaknya ( dan ) jika nafi anak itu daripadanya sekalipun kerana dapat dibangsakan buntingnya itu daripadanya ( adapun ) jika tiada dapat membangsakan bunting itu kepadanya maka tiadalah lalu eddahnya itu dengan beranak seperti mati seorang kanak-kanak yang (mamsuh*) meninggalkan isterinya bunting maka tiadalah lalu eddah isterinya itu dengan beranak kerana anak itu tiada dapat dibangsakan bagi kanak-kanak atau (mamsuh*) dan jikalau syak seorang perempuan didalam eddahnya pada keadaan dirinya yang bunting sebab dirasanya didalam perutnya berat atau gerak wajiblah atasnya sabar daripada bersuami kemudioan lalu daripada eddahnya maka janganlah ia bersuami hingga hilang syaknya akan yang demikian itu maka jika nikah ia didalam syaknya akan buntingnya tiadalah sah nikahnya (dan ) jika syak ia pada keadaan dirinya bunting kemudian daripada sudah lalu eddahnya sunatlah baginya sabar bersuami hingga hilang syaknya maka jika nikah ia dahulu daripada hilang syak nya atau syak keadaan dirinya bunting kemudian daripada nikah dengan laki-laki yang lain tiadalah batal nikahnya melainkan jika beranak ia kurang daripada enam bulan daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya kemudian daripada akad nikah makalah tiada batallah nikahnya dan adalah anak itu bagi suami yang pertama jika dapat keadaannya jadi daripadanya bersalahan jika beranaknya ia bagi enam bulan atau lebih tiadalah batal nikahnya dan adalah anaknya itu bagi suaminya yang kedua dan jik dapat keadaannya jadi daripada suami yang pertama sekalipun ( dan ) jikalau mewathi seorang laki-laki akan seorang perempuan dengan wathi subahah kemudian daripada lalu eddahnya hendaklah ia (sir*) daripada bersuami kemudiannya maka jika bunting ia dan beranak ia kurang daripada enam bulan daripada wathi syubahah nescaya adalah anaknya itu bagi suami yang dahulu jika dapat keadaan jadi daripadanya ( dan ) jika beranak ia bagi enam bulan atau lebih nescaya adalah anaknya itu bagi yang mewathi dia dengan wathi syubahah dan jikalau mentalak seorang akan isterinya dengan talak ba’in atau talak raj’I kemudian maka beranak ia kemudiannya daripada empat tahun atau kurang daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya dahulu daripada cerainya nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang mentalak dia itupun jika tiada bersuami dengan laki-laki yang lain atau bersuami dengan laki-laki yang tiada dapat keadaanya anak itu jadi daripadanya ( adapun ) jika bersuami ia dengan laki-laki yang lain kemudian daripada lalu eddahnya daripada suaminya yang pertama kemudian beranak ia bagi enam bulan atau lebih daripada waktu yang dapat jadi anak daripada jimaknya kemudian daripada akad nikah nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang kedua ( dan ) jikalau bersuami ia dengan laki-laki yang lain dengan niikah yang (fasid*) didalam pertengahan edahnya daripada suaminya yang dahulu pada hal adalah suaminya yang kedua itu jahil ia akan keadaan isterinya didalam eddah kemudian maka beranak ia ditilik jika dapat anak itu jadi daripada suaminya yang kedua jua tiada dapat jadinya daripada suaminya yang pertama seperti beranak ia bagi lebih daripada empat tahun daripada jimak suami yang pertama yang dahulu daripada cerainya dan bagi enam bulan atau lebih daripada jimak suami yang kedua nescaya adalah anak itu suami yang kedua ( dan ) jika dapat anak itu daripada suami yang pertama jua tiada dapat jadikan daripada suaminya yang kedua seperti beranak ia bagi empat tahun atau kurang daripada jimak suaminya yang pertama dahulu daripada cerainya dan bagi kurang daripada enam bulan pada jimak suami yang kedua nescaya adalah anak itu bagi suaminya yang pertama jua dan lalu eddahnya dbereddah pula bagi daripada suaminya yang pertama dengan keluar anak kemudian maka bereddah pula bagi suaminya yang kedua (dan ) jika dapat keadaan anak itu jadi daripada suaminya yang pertama dan suaminya yang kedua seperti beranak ia bagi empat tahun atau kurang daripada jimak suami yang pertama dan bagi enam bulan atau lebih daripada jimak suaminya yang kedua nescaya samarlah nasab anak itu maka berkehendak pada menentukandia kepada (qaip ) maka jika diperhubungkan oleh ( qaip * ) akan anak itu dengan suami yang pertama nescaya adalah anak itu anak oleh suaminya pertama dan jika hubungkannya akan dia dengan suaminya yang ke dua nescaya adalah ia anak oleh suaminya yang kedua ( adapun ) jika hubungkannya akandia dengan keduanya atau nafikannya akan dia daripada keduanya atau samarlah atas (qaip*) sekali hendaklah dinantikannya balighnya kemudian maka yang mana diakuinya bapa oleh anak itu maka iaitulah bapanya dan dialah yang empunya anak dan jika tiada dapat keadaan anak itu daripada suaminya yang pertama dan yang kedua seperti beranak ia bagi masa kurang daripada enam bulan daripada jimak yang kedua dan lebih daripada empat tahun daripada jimak suaminya yang pertama nescaya tiadalah diperhubungkan anak itu dengan suaminya yang pertama dan yang kedua maka diketahui daripada yang tyersebut itu bahawasanya sebanyak-banyak masa bunting itu empat tahun dan sekurang-kurangnya enam bulan.((65))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment