((42))( Fasal ) pada menyatakan talak bermula syarat sah talak itu lima syarat ( pertama) hendaklah yang mentalak itu sudah baligh ( adapun ) jika belum baligh maka tiadalah sah talaknya ( syarat yang kedua ) hendaklah ada ia akil maka tiada sah talak orang gila ( syarat yang ketiga ) hendaklah ada yang mentalak itu dengan ikhtiarnya maka tiada sah talak orang yang terlancar lidahnya pada mentalak isterinya ( syarat keempat ) hendaklah tahu yang mentalak itu akan erti talak iaitu lepas daripada jadi isterinya ( syarat yang kelima ) jangan ada digagahi orang atas mentalak dia maka tiada sah talak orang yang digagahi orang atasnya.((42))
((43))( Bermula ) sah talak dengan ta’lik seperti kata suaminya akan isterinya jika engkau naik ke rumah itu atau ke rumah ini tertalaklah engkau maka apabila naik perempuan itu ke rumah itu atau ke rumah ini nescaya jatuhlah talaknya seperti demikian itu.((43))
((44))(Bermula ) talak itu dua bagi ( pertama ) Talak soreh namanya ( kedua ) Talak kinayah namanya maka talak soreh itu iaitu kata suaminya akan isterinya ku talaklah akan dikau atau ku lepaskanlah akan dikau atau ku ceraikanlah engkau daripada aku maka gugurlah talaknya akan isterinya dan jika lafaz dengan lidahnya jua tiada beserta dengan niat didalam hatinya sekalipun.((44))
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment