Wednesday, July 16, 2008
((37))( bermula ) jjika ikrar perempuan yang akil baligh lagi merdeka dengan katanya itu bahawa laki-laki itu lakiku bapaku yang nikahkan dia dengan aku serta dengan redhaku di hadapan dua orang saksi yang adil mak dibenar oleh laki-laki itu akan kata perempuan itu diterimalah ikrar perempuan itu maka hendaklah disurat oleh hakim akan perempuan itu kepada laki-laki itu kerana ia lakinya ( bermula ) jika diperdayakan orang akan seorang laki-laki dengan menyuruhkan isteri dengan perempuan hamba orang padahal dikatakannya akan dia dengan katanya bahawa perempuan ini merdeka kemudian maka dinikahinya akan perempuan itu kemudian maka beranak perempuan itu kemudian maka nyata bahawa perempuan itu hamba orang nescaya binasalah nikahnya itu tetapi anaknya itu jadi merdeka maka wajib atas bapanya membayar (qimat*) anaknya itu pada tuannya tetapi harus bagi bapanya itu minta bayarkan (qimatnya*) pada yang merdekakan akan dia itu dan wajib atas tuan ibunya menerima (qimahnya*)((37))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment