((49))( adapun ) talak ba’in syu’ra itu tiga bagi ( pertama ) mentalak isterinya belum wathinya akan dia apabila ditalaknya akan dia dengan talak satu atau talak dua ( kedua ) bagi talak ba’in syu’ra itu mentalak isterinya yang sudah wathinya akan dia denagan (Iwad*) ya’ni dengan tebus talak apabila ditalaknya akan dia dengan talak satu atau talak dua maka muradad pada ba’in syu’ra pada dua bagi itu bahawa tiada dapat ia ruju’pada isterinya melainkan dengan nikah ( ketiga ) bagi daripada ba’in syu’ra apabila murtad dua laki isteri atau murtad salah seorang daripada keduanya dan tiada kembali ia kepada agama Islam hingga lalu masa edahnya nescaya jadi ba’inlah perempuan itu maka tiada harus bagi suaminya rujuk kepada isterinya melainkan dengan nikah kemudian daripada kembali ia kepada agama Islam tetapi ba’in pada bagi yang ketiga ini tiada ia jadi sebab daripada talak hanya adalah ia jadi daripada sebab murtad. ((49))
((50))( Adapun ) talak raj’I ya’ni talak yang harus rujuk kepada isterinya dengan tiada nikah maka iaitu mentalak isterinya yang sudah diwathinya akan dia dengan talak satu jika ada ia hamba orang atau talak satu atau talak dua jika ada ia merdeka lagi dengan tiada ( Iwad )((50))
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment