Wednesday, July 16, 2008

((63))( bermula ) eddah perempuan merdeka yang tiada sekali-kali berhaid atau yang sudah putus ia daripada haid iaitu tiga bulan hilaliah jika ditalak ia pada permulaannya bulan ( adapun ) jika ditalak pada pertengahan bulan hendaklah digenapinya akan dia tiga puluh hari daripada bulan yang keempat samada bulan itu genap atau kurang umpamanya jika ditalaknya akan dia pada akhir hari yang ke sepuluh daripada bulan haram hendaklah digenapinya akan dia dengan sepuluh hari daripada bulan Rabiul Akhir dan jika ada bulan Muharram itu kurang sekali pun ( bermula ) eddah perempuan sahaya yang tiada ber haid atau haid atau putus ia daripada haid iaitu tengah dua bulan ( bermula ) perempuan yang ber eddah haid apabila berhenti ia daripada haid didalam beberapa masa pada hal belum sampai masanya kepada tahun putus asa daripada haid hendahlah ia sabar menanti datang haid atau menanti datang tahun yang putus asa didalamnya daripada haid dan jikalau lama masanya ia menanti sekalipun maka apabila datangnya haidnya bereddahlah ia dengan tiga kali suci jika ia merdeka atau dua kali suci jika ada ia sahaya ( dan ) jika tiada datang haid hingga sampai umurnya kepada tahun putus ia daripada haid iaitu enam puluh dua tahun maka bereddahlah ia dengan tiga bulan jika ia merdeka, atau tengah dua bulan jika ada ia sahaya maka jikalau haid perempuan yang tiada biasa haid sekali-kali atau perempuan yang sudah putus asa daripada haid didalam pertengahan eddahnya dengan bulan nescaya berpindahlah ia daripada bereddah dengan bulan kepada bereddah dengan suci kerana bahawasanya eddah dengan suci itu asli maka apabila kuasa ia atas yang asli dahulu daripada selesai ia daripada eddah dengan bulan wajiblah atasnya mengerjakan yang asli bandingannya seperti orang yang tayammun kerana ketiadaan air yang mendapat ia akan air didalam pertengahan tayammunnya ((63))

No comments: