((55))( adapun ) perempuan yang menghalalkan dan meredhakan isi kahwinnya bagi suaminya itu hendaklah dengan delapan syarat ( pertama ) hendaklah sudah baligh maka tiada sah kanak-kanak menghalalkan isi kahwinnya ( kedua ) hendaklah ia akil maka tiada sah perempuan yang gila menghalalkan isi kahwinnya ( ketiga ) hendaklah ia menghalalkan dengan ikhtiarnya maka tiada sah dengan digagahi orang atasnya ( keempat ) jangan ada ketika menghalalkan itu didalam sakitnya yang membawa maut ( adapun ) jika ada ketika ia menghalalkan itu didalam sakitnya yang membawa maut maka halalnya itu seperti hukum wasiat jua maka iaitu ditilik jika ada isi kahwinnya itu sesulus daripada sekelian hartanya atau kurang nescaya sahlah halalnya pada sekeliannya dan jika ada ia lebih daripada sulus hartanya maka sahlah hartanya sekadar sulus daripada hartanya dan tiada sah pada yang lainnya dan jika tiada baginya harta hanya isi kahwinnya itu jua nescaya sahlah halalnya pada sulus daripada isi kahwinnya dan tiada sah pada dua sulus melainkan diluluskan oleh segala warisnya akan dia ( kelima ) hendaklah jangan dengan ta’lik ( adapun) jika dihalalkan ia dengan ta’lik seperti dikatanya jika engkau talak akan daku nescaya ku halalkanlah isi kahwinku bagimu tiadalah sah halalnya (tetapi ) jika ditalaknya gugurlah talaknya ( keenam ) hendaklah disebutnya isi kahwinnya itu dengan tertentu jenisnya daripada emas atau perak atau lainnya ( adapun ) jika tiada disebutkan dengan jenisnya tiadalah sah halalnya ( ketujuh ) hendaklah disebutkannya dengan tertentu bilangannya seperti sepuluh dirham atau dua puluh dirham atau setahil emas atau dua tahil emas atau barangsebagainya ( adapun ) jika disebutkannya dengan tiada tertentu bilangan tiadalah sah halalnya ( kedelapan ) hendaklah ia menghalalkan itu dengan salah suatu daripada yang tiga lafaz ini iaitu seperti dikatanya ku halalkanlah akan dikau isi kahwinku sekian daripada emas atau ku berikanlah akan dikau isi kahwinku sepuluh tahil emas atau ku lepaskan hutangmu isi kahwinku ( adapun ) jika dihalalkannya akan dia dengan yang lain daripada umpama lafaz yang tiga itu nescaya tiadalah sah halalnya ( dan ) tiada disyaratkan pada sah halalnya itu qabul daripada suaminya hingga diam suaminya daripada melafazkan menerima dia nescaya sahlah halalnya.((55))
((56))( bermula ) jika dihalalkan oleh bapa perempuan atau sadaranya akan isi kahwinnya dengan tiada izinnya nescaya tiada lah sah halalnya ((56))
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment