Wednesday, July 16, 2008
((59))( Bermula ) jika digagahi orang yang murtad atas masuk Islam nescaya sahlah Islamnya ( dan ) jika digagahi seorang atas mentalak isterinya maka ditalaknya akan dia nescaya tiadalah sah talaknya ( dan ) jika berkata seorang laki-laki bagi perempuan yang (halat*) dengan katanya apabila ku nikahi akan dikau nescaya tertalaklah engkau kemudian maka nikahlah ia dengan dia sahlah nikahnya dan sia-sialah talaknya kerana tiada sah mentalak perempuan dahulu daripada nikah dengan dia ( dan ) jika berkata seorang bagi isterinya engkau ku talak dengan talak tiga insya Allah ta’ala maka ditilik dikehendakinya dengan katanya Insya Allah ta’ala itu kerana mengambil berkat jua sahlah talaknya dan jika dikehendakinya dengan dia akan ta’lik nescaya tiada sah talaknya ( dan ) jika berkata seorang bagi isterinya senkau ku talak dengan seribu talak atau seratus talak atau sepuluh talak nescaya jatuhlah talaknya itu tiga talak (dan) jika berkata ia baginya engkau ku talak dengan seisi langit atau bumi nescaya jatuhlah talaknya itu satu jua (dan) jika berkata jua baginya engkau ku talak dengan tengah dua talak nescaya jatuhlah talaknya dua talak atau engkau ku talak dengan tengah tiga talak nescaya jatuhlan talaknya itu tiga talak dan jika berkata seorang bagi isterinya engkau ku talak dengan tiga talak melainkan satu tualikan alak nescaya jatuhlah talaknya itu dua talak kerana tiap-tiap yang dikecualikan kemudian daripada ia sebut itu nafi hukumnya jadilah maknanya engkau ku talak tiga maka sabitlah guguir ketiganya melainkan satu talak daripadanya yang tiada gugur maka tinggalah yang sabit gugurnya dua talak ( bermula ) jika berkata seorang bagi isterinya dengan katanya jika kau aku wathi yang harus jatuhlah talak ku pada mu dahulu daripada wathi maka diwathiinya isterinya itu nescaya tiadalah jatuh talaknya kerana jika jatuh talaknya dahulu daripada wathinya nescaya haramlah wathinya dengan dia maka tiadalah diperoleh wathi yang dita’likkan jatuh talak dengan dia maka dari kerana inilah dihukumkan dengan tiada jatuh talaknya itu membawa kepada tiada jatuhnya ( bermula ) jika berkata seorang laki-laki bagi isterinya jika ku talak isteriku si khatijah tertalaklah isteriku si Aishah dan jika ku talak isteriku si Aishah tertalaklah Isteriku Khadijah kemudian ditalaknya keduanya tiadalah jatuh talak pada seorang jua pun daripada keduanya (dan) jika berkata seorang perempuan bagi suaminya engkau inilah daripada kaum isi neraka maka berkata suaminya baginya jika benar aku daripada kaum isi neraka tertalaklah engkau daripada aku maka ditilik jika ada ia kafir jatuhlah talaknya dan jika ada ia Islam tiadalah jatuh talaknya ( bermula ) jika berkata seorang laki-laki bagi isterinya jika engkau curi emasku atau riyalku yang engkau taruh itu nescaya tertalaklah engkau maka takkala suaminya pergi kepada hajatnya diambilnya oleh isterinya akan setengah emas atau riyalnya itu dan setengahnya ditaruh akan dia ditempatnya tiada jatuh talaknya kerana perempuan itu tiada hukum mencuri tetapi perempuan itu khianat jua pada taruhan suaminya.((59))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment