Wednesday, July 16, 2008

((34)) Pada menyatakan kupu bermula berkehendak kupu itu perempuan jua tiada laki-laki ( maka adalah ) segala perkara kupu itu atas lima perkara ( pertama ) selamat daripada aib yang mensabitkan ia bagi khiar fasakh nikah seperti gila atau ……………………………………………... ……………………….. dan terpotong zakar dan lemah zakar maka laki-laki yang beraib salah satu daripada yang demikian itu tiadalah sekupu dengan perempuan yang tiada beraib dan perempuan yang beraib dan jikalau aib perempuan itu sejenis dengan aib laki-laki itu sekalipun kerana manusia itu benci daripada aib lainya barangyang tiada benci ia daripada aib dirinya kerana kebanyakkan sah nafsu manusia itu benci berlaki orang yang beraib jikalau sama beraib sekalipun umpamanya jika perempuan itu (bercalak*) jua dan laki-laki (calak) jua jikalau terlebih sekalipun penyakit perempuan itupun tiada sekupu jua kerana kebanyakan manusia benci melihat penyakit orang tetapi tiada benci melihat penyakit dirinya ( adapun ) aib yang mensabitkan bagi khiar seperti buta dan terpotong tangan dan jahat rupa maka iaitu tiada memberi mudharat ( kedua ) perempuan merdeka maka laki-laki hamba orang tiada sekupu dengan perempuan yang merdeka sekeliannya atau setengahnya dan lelaki yang perdekaan prang jika ada ia jadi raja sekalipun tiada sekupu dengan perempuan yang merdeka asalnya dan lagi pula jika bapanya itu orang merdeka dan ibunya perdekaan orang nescaya kupulah dengan perempuan merdeka kerana mengikut baka bapanya wallahu a’lam ( ketiga ) daripada perkara kupu itu nasab artinya bangsa dan dibilangkan bangsa itu dengan bapa jua seperti Islam maka laki-laki yang Islam dengan sendirinya dan bapanya adalah masih kafir itu tiada sekupu dengan perempuan yang Islam ia dengan bapanya dan laki-laki yang islam ia dengan bapanya dan neneknya tiada sekupu ia dengan perempuan yang Islam ia dengan bapanya dan neneknya dan datuknya dan laki-laki ajam iaitu yang lain daripada arab tiada sekupu dengan perempuan arab kerana allah ta’ala memilih ia akan arab daripada sekelian yang lainnya dan bezakannya akan arab daripada sekelian yang lainnya dengan beberapa kelebihan yang amat banyak dan laki-laki dan laki-laki yang bapanya ajam dan ibunya arab sekalipun tiada sekupu dengan perempuan yang bapanya arab dan ibunya ajam sekalipun dan laki-laki arab yang bukan bangsa quarish tidak sekupu dengan perempuan arab yang yang bangsa quarish kerana Allah Ta’ala telah memilih akan quarish daripada kaum kinanah yang dipilih ia daripada arab dan lagi quarish yang bukan bangsa hasyim dan mutallib kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah memilih ia daripada kinanah akan quarish dan memilih quarish akan bani hasyim dan bilangkan pula bangsa yang lain daripada arab maka yang bangsa Farsi itu afdhal daripada bangsa Qibti dan anak cucu Israel itu afdhal daripada Qibti ( paedah ) tersebut didalam (marni*) kata Imam Harmain dan Imam Ghazali kemuliaan bangsa itu datang pada tiga pihak jua ( I ) mulia bangsa sebab mengambil bangsa kepada Rasulullah s.a.w inilah insan yang amat tinggi tiada menyamai akan dia suatu jua pun ( 2 ) jadi mulia bangsa seorang sebab mengambil bangsa ia kepada ulamak kerana bahawasanya ulamak itu mewarisi akan anbia’ ( 3 ) jadi mulia bangsa sebab membangsai kepada segala mereka yang soleh-soleh dan tiada kebilangan kemuliaan bangsa sebab membangsai kepada orang besar-besar didalam dunia hingga inilah perkataan Imam Harmain dan imam Ghazali kata Sahib Almuhmilat dibilangkan kemuliaan nasab sebab membangsai kepada orang besar-besar didalam dunia seperti daulah kerana sekurang-kurang martabat mereka itu adalah seperti martabat yang mempiunyai (harpah*) ya’ni yang mempunyai kepandaian dan telah terdahulu perkataan bahawa laki-laki yang mempunyai kepandaian yang tiada sekupu dengan perempuan yang mempunyai kepandaian mulia maka diketahui daripada Sahib Almuhamalat bahawa laki-laki yang bukan ia anak sultan tiada sekupu ia dengan perempuan anak sultan jika tiada ada kedua pihak itu daripada anak cucu Rasulullah dan tiada ada daripadanya anak cucu ulamak dan solehat Wallahu a’lam ( keempat ) daripadanya (uffah’) artinya menahan diri daripada pekerjaan yang haram sebab itulah tiada kupu laki-laki yang fasik dengan perempuan yang tiada fasik dan tiada kupu laki-laki yang bidaah dan laki-laki yang ahlul sunnah ( dan demikian lagi) laki-laki anak orang fasik atau anak orang yang bidaah tiada sekupu dengan perempuan anak orang yang tiada fasik atau anak orang yang ahlul sunnah dan laki-laki yang dihujarkan dengan sebab (sufiah*) tiada sekupu dengan perempuan yang rashidah tetapi laki-laki yang tiada fasik jika ada ia (mastur*) sekaliipun sekalipun sekupu dengan perempuan yang rashidah dan laki-laki yang tiada mashur dengan kebajikan sekupu dengan perempuan yang mashur dengan dia dan laki-laki yang fasik sekupu dengan perempuan yang fasikah melaikan jika lebih fasik laki-laki itu daripada perempuan atau bersalahan bagi fasiknya dan laki-laki yang bidaah itu sekupu dengan laki-laki yang bidaah ( kelima ) daripaa perkara kupu itu (harfah*) iaitu suatu kepandaian yang dituntut dengan dia rezeki maka laki-laki yang mempunyai kepandaian yang hina tiada sekupu dengan perempuan yang mempunyai kepandaian yang terlebih daripadanya maka laki laki yang pempuang ( ratik*) dan yang pembuang darah dan yang penyamak belulang dan mengembala kambing atau sapi atau (adangan*) dan anak mereka itu tiada sekupu dengan perempuan anak tukang jahit dan anak yang penyurat tiada sekupu mereka itu dengan perempuan anak saudagar dan anak penjual kain dan laki-laki saudagar dan penjual kain dan anak keduanya tiada sekupu dengan perempuan anak orang alim atau anak kadhi atau cucunya ( adapun ) laki-laki anak saudagar iaitu maka sekupu ia dengan perempuan anak penjual kain dan anak orang alim sekupu anak kadhi ( dan ) laki-laki yang jahil itu sekupu dengan perempuan yang alim seeperti yang tersebut didalam (tuhfatul nuqal*) daripada (rusah*) inilah lima perkara segala perkara kupu maka nyatalah bahawasanya kaya itu tiada ia dibilangkan segala perkara kupu dari kerana harta itu pergi datang tiada mengambil kemegahan dengan dia segala mereka yang mempunyai perangai dan mempunyai mata hati maka dari kerana inilah sekupu laki-laki papa dengan perempuan yang kaya dan demikian lagi memuda dan baik rupa dan selamat daripada buta dan terpotong tangan dan barang sebagainya daripada segala aib yang mensabitkan khiar pada memfasahkan nikah sekelian itu tiada dibilangkan ia daripada segala perkara kupu maka dari kerana ini adalah sekupu laki-laki yang tua dengan perempuan yang muda dan sekupu laki-laki yang jahat rupa dengan perempuan yang baik rupa dan sekupu laki-laki yang buta dengan perempuan yang tiada buta dan sekupu laki-laki yang terpotong tangan dengan perempuan yang tiada terpotong tangan. ((34))

No comments: