Wednesday, July 16, 2008
((52))( bermula ) sunat bagi orang yang rujuk kepada isterinya bahawa persaksiannya akan rujuknya supaya keluar daripa khilaf orang yang mewajibkan dia dan dibenarkan isterinya dengan sumpahnya pada dakwaan sudah lalu eddahnya dengan suci atau dengan keluar anak apabila engkar suaminya akan yang demikian itu, itupun dengan syarat jika dapat lalu eddahnya didalam masa yang dikhabarkannya jika ada yang demikian itu menyalahi adat sekalipun kerana segala perempuan itu jadi kepercayaan meraka itu atas rahim mereka itu maka jika berkata perempuan yang ditalak padahal ia bunting demikian katanya “ eddahku sudah lalu dengan beranak “ dan engkar suaminya akan yang demikian itu nescaya dibenarkanlah perempuan itu dengan sumpahnya genap dua bulan dan dua lahzah daripada waktu yang dapat berhimpun keduanya kemudian daripada nikahnya kerana sekurang-kurangnya selesai bunting perempuan itu enam bulan dua lahzah , se lahzah bagi wathinya dan sel ahzah bagi beranak ( dan ) jika berkata ia telah berlalu eddahku dengan tiga kali suci dan engkar suaminya akan yang demikian itu dan adalah perempuan itu ditalak dalam sucinya yang didahului oleh haid nescaya dibenarkanlah ia dengan sumpahnya jika genap tiga puluh dua hari dan dua lahzah kemudian daripada talak kerana sekurang-kurang masa dapat lalu edahnya perempuan dengan suci yang ditalaknya didalam suci yang didahului oleh haid iaitu tiga puluh dua hari dan dua lahzah se lahzah bagi suci yang pertama dan se lahzah bagi masuk kepada haid yang ketiga ( ada pun ) jika di talak ia didalam suci yang tiada didahului haid maka sekurang-kurang edahnya empat puluh hari dan se lahzah kerana suci yang dijatuh talaknya dalamnya itu tiada dibilangkan daripada eddah kerana suci yang dibilangkan daripada eddah itu iaitu yang jatuh antara dua darah ya’ni dahulunya darah dan kemudiannya darah ( dan ) jika ditalak ia di dalam haid nescaya dibenarkanlah ia dengan sumpahnya jika genap empat puluh tujuh hari dan satu lahzah daripada ditalak kerana sekurang masa yang dapat lalu eddah perempuan dengan suci yang ditalak ia didalam haidnya iaitu empat puluh tujuh hari dan satu lahzah ya’ni lahzah masuk pada haid keempat, inilah jika ada perempuan itu merdeka ( adapun ) jika perempuan itu sahaya maka sekurang-kurang edahnya dengan suci enam belas hari dan selahzah jika ditalak didalam suci yang didahului oleh haid ( adapun) adapun ditalak ia didalam suci yang tiada didahului oleh haid maka sekurang-kurangnya eddahnya dengan suci tiga puluh dua hari dan satu lahzah (dan) jika ditalak ia didalam haid maka sekurang-kurang eddahnya dengan suci tiga puluh satu hari dan se lahzah ( adapun) lahzah yang akhir pada sekelian surah lalu eddah dengan suci itu bukan ia daripada eddah hanya dibilangkan akan dia supaya nyatalah dengan dia sempurna suci yang akhir jua ( dan ) jikalau mewathi suami akan isterinya yang bereddah dengan talak raj’I dan dimulainya lah eddah daripada selesai wathi dan tiada bunting ia dengan wathinya itu nescaya haruslah bagi suaminya rujuk didalam yang tinggal daripada eddah talak tiada didalam masa yang kemudiannya mithalnya jika diwathunya akan dia kemudian daripada lalu dua kali dimulainya lah eddah wathi tiga kali suci dan masuk dalamnya barang yang tingggal daripada eddah talak dan sekali suci yang pertama daripada yang tiga kali suci itu jatuh ia daripada eddah maka harus bagi suami rujuk dalamnya dan dua kali suci yang kemudian itu semata-mata bagi eddah wathi jua maka tiadalah harus bagi suami rujuk dalamnya ((52))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment