Wednesday, July 16, 2008
((67))( Fasal menyatakan hukum muasyarah ) ya’ni menyertai isteri yang dudah ditalaknya akan dia dengan talak raj’I ( bermula ) apabila menyertai seorang akan isterinya yang telah ditalaknya dengan talak raj’I didalam eddahnya dengan suci dengan bulan dengan tiada dirujuk nescaya tiadalah lalu eddahnya dan jikalau lalu masa eddahnya dengan suci atau dengan bulan sekalipun samada disertainya akan dia dengan wathi atau tiada dengan wathi seperti bersatu-satu ia dengan dia pada tidur dan makan dan barang sebagainya maka yang demikian itu haram hukumnya ( dan ) harus baginya rujuk selagi didalam eddahnya dengan suci atau dengan bulan dan tiada harus baginya rujuk kemudian daripada lalu masa yang tersebut itu dan jika tiada lalu dengan dia eddahnya sekalipun kerana mengerjakan ikhtiar dan membuang akan dia talak hingga lalu eddahnya ( adapun ) jika isterinya yang disertainya itu yang tertalak dengan talak ba’in lalu eddahnya dengan suci atau dengan bulan atau ada ia tertalak dengan talak raj’I tetapi disertainya akan dia didalam eddah bunting lalu eddahnya dengan keluar anaknya ( syahdan ) jikalau menikah seorang laki-laki akan perempuan yang bereddah dengan lainnya pada hal di zhankannya akan sah nikahnya dan wathinya nescaya putuslah eddahnya dengan wathi bersalahan jika tiada diwathinya akan dia jika disertainya sekalipun ( dan ) jikalau rujuk seorang laki-laki kepada isterinya yang tiada bunting atau yang bunting maka beranak ia kemudian maka ditalak akan dia hendaklah dimulainya akan eddah dan jika tiada diwathinya ia dengan dia kemudian daripada rujuk itu sekalipun ( dan ) jika ditalaknya akan dia dahulu daripada beranak nescaya lalu eddahnya dengan beranak ( dan ) jika diwathinya akan dia sekalipun ( dan ) jikalau menikah seorang laki-laki akan perempuan yang bereddah dengan dia kemudian maka diwathnya kemudian akan dia kemudian ditalaknya akan dia hendaklah dimulainya akan eddahnya sebab wathi dan masulklah ia tinggal daripada eddah yang dahulu kemudian daripada eddah talak yang dimulai akan dia kerana bahawasanya dua eddah itu daripada seorang jua ( tetapi ) ditalaknya akan dia dahulu daripada eddah dan tiada eddah bagi talak eni kerana bahawasanya pada nikah baharu yang ditalaknya akan dia dalamnya sebelum wathi dengan dia.((67))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment