Wednesday, July 16, 2008

((35))(Bermula) setengah daripada perkara kupu itu ( dimakbulihkan*) dengan setengahnya maka dari kerana inilah tiada sekupu laki-laki yang beraib yang berbangsa dengan perempuan yang sejahtera daripada aib yang tiada berbangsa dan tiada sekupu laki-laki ajam yang tiada fasik dengan perempuan arab yang fasik dan tiada sekupu laki-laki yang fasik yang merdeka asli dengan perempuan tiada fasik dimerdekakan orang dan tiada sekupu laki-laki hamba orang yang tiada fasik lagi alim dengan perempuan yang merdeka yang fasik lagi jahil hanya sanya memadailah sifat kekurangan itu menegahkan daripada sekupu kerana bahawa sifat kelebihan yang ada padanya itu tiada ( * ) ia akan dia.((35)

No comments: