((45))( Adapun ) talak kinayah itu iaitu seperti kata suami akan isterinya jauhkanlah dirimu daripadaku atau putuslah engkau daripada aku atau rasailah laki-laki lain daripadaku maka sekelian lafaz kkinayah itu tiada jatuh talak dengan dia melainkan apabila serta dengan niat talak didalam hati .((45))
((46))( bermula ) jika berkata suami akan isterinya ku talaklah tanganmu atau jari mu atau susu mu atau mata mu atau telinga mu atau hidungmu atau farajmu maka gugurlah talak satu dan jika dua kali ia mengata seperti demikian itu gugurlah talak dua dan jika tiga kali ia mengata gugur lah talak tiga.((46))
((47))( bermula ) jika bertanya seorang pada seorang adakah bagimu isteri maka jawabnya tiada ada bagiku isteri maka apabila adalah baginya isteri jatuhlah satu talak pada isterinya itu kerana ia bersenda-sendakan syarak dengan dustanya ( dan ) jika bertanya seorang bagi seorang sudah engkau talakkah isterimu maka jawabnya bahkan atau sudah jatuhlah talaknya satu dan jika tiada dengan lafaz talak sekalipun.((47))
((48))( bermula ) Talak itu dua bagi pula (pertama ) Talak Ba’in Namanya ( ke dua ) Talak Raj’I namanya. ( Adapun ) talak ba’in itu dua bagi ( pertama ) ba’in kubra (kedua) ba’in syu’ra (adapun ) talak ba’in kubra itu maka iaitu talak tiga maka muraddad pada ba’in kubra itu bahawa tiada boleh kembali ia kepada isterinya itu melainkan dengan nikah kemudian daripada bercina buta.((48))
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment