Wednesday, July 16, 2008

((60))Pada menyatakan eddah perempuan ( bermula ) eddah itu iaitu masa yang berhenti perempuan dalamnya daripada bersuami supaya diketahui kosong peranakkan daripada anak kerana memelihara nasab atau supaya memutuskan percitaan atas suaminya atau kerana tiada suatu daripada yang tersebut itu hanya kerana kebaktian yang disuruhkan syarak jua.((60))
((61))( Bermula ) Eddah itu wajib ia sebab wathi syubahah atau sebab bercerai suaminya yang hidup dengan isterinya kemudian daripada sudah masuk maninya yang ( muhtaram*) kedalam farajnya atau duburnya samada cerainya itu dengan talak atau fasakh oleh hakim atau terfasakh sebab li’an atau nusuz atau barang sebagainya dan jikalau diyakinkan kosong peranakan daripada anak sekalipun wajib jua atasnya eddah ( tetapi ) tiada bereddah sebab masuk maninya yang zina.((61))

No comments: