Wednesday, July 16, 2008
((25))Pada menyatakan yang dinamai wali akrab dan wali ab’ad ( adapun ) erti akrab itu yang terlebih hampir kepada perempuan dan arti ab’ad itu yang berjauh daripadanya maka wali yang akrab itu didahulukan ia daripada yang ab’ad maka wali yang terlebih akrab kepada perempuan iaitu bapanya ada pun neneknya selagi ada bapanya adalah ia wali ab’ad( sdapun ) jika sudah mati bapanya maka neneknya itu yang jadi wali akrab dan saudaranya seibu sebapa itu wali ab’ad ( dan ) jika tiada neneknya maka saudara nya yang seibu sebapa itu wali akrab ( dan ) saudara sebapa itu wali ab’ad , jika tiada saudaranya seibu sebapa maka saudara sebapanya itulah jadi wali akrab dan anak saudaranya yang seibu sebapa jadi wali ab’ad dan jika tidak ada saudaranya sebapa anak saudaranya seibu sebapa itulah wali akrab dan anak saudaranya sebapa adalah wali ab’ad dan jika tidak ada anak saudaranya seibu sebapa maka anak saudaranya sebapa itulah wali akrab dan ( ) bapanya yang seibu sebapa itu wali ab’ad dan jika tiada anak sudaranya sebapa maka ( ) bapanya yang seibu sebapa itulah wali akrab dan ( ) bapanya yang sebapa itu wali ab’ad dan jika tiada ada ( ) bapanya yang seibu sebapa maka ( ) yang sebapa itulah wali akrab dan anak ( ) bapanya yang seibu sebapa wali ab’ad dan jika tiada ( )bapanya yang sebapa maka anak ( ) seibu sebapa dengan bapanya itulah wali akrab dan anak ( ) dengan bapanya itu wali ab’ad. Dan jika tiada ada anak yang seibu sebapa dengan bapanya itulah wali akrab datang ke bawah.((25))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment