((10))( adapun ) perempuan yang haram atas kita menikah dia sebab berambil-ambilan itu empat bagi jua dengan perkataan yang sempena ( pertama ) mertua kita iaitu ibu isteri kita dan ibu gundik kita dan ibu perempuan yang kita wathi dengan wathi subahah dan ibu ibunya datang ke atas ( kedua ) menantu kita iaitu isteri oleh anak kita atau oleh cucu kita datang ke bawah dan dan gundik kita atau cucu kita datang kebawah dan perempuan yang diwathi oleh anak kita atau cucu kita dengan wathi subahah ( ketiga ) mak tiri kita iaitu isteri bapa kita atau gundiknya dan isteri nenek kita atau gundiknya datang ke atas ( keempat ) anak tiri kita iaitu anak isteri kita apabila sudah kita wathi akan isteri kita itu dan anak gundik kita dan anak perempuan yang kita wathi akan dia dengan wathi subahah.((10))
((11))( adapun ) perempuan yang haram atas kita memadukan dia dengan isteri kita maka iaitu saudara isteri kita dan anak saudaranya dan saudara bapanya dan saudara ibunya dan barang sebagainya samada senasab atau susuan maka kaedah yang demikian itu tiap-tiap dua orang perempuan yang antara keduanya kerabat atau susuan yang tiada harus keduanya bernikah-nikahan jika ditakdirkan salah seorang daripada keduanya laki-laki dan yang seorang perempuan maka iaitu tiada harus dipermadukan dengan dia dan jika harus keduanya bernikah-nikahan atas takdir yang demikian itu maka iaitu harus dipermadukan.((11))
((12))( Syahdan ) diketahui daripada yang tersebut itu tiada harus atas kita menikah tiap-tiap perempuan yang ditegahkan mempermadukan dia dengan isteri kita melainkan apabila sudah mati isteri kita atau sudah kita talak isteri kita dengan talak tiga iaitu harus kita menikah dia dan jikalau belum lalu edahnya sekalipun tetapi jika kita talak akan isteri kita dengan talak satu atau talak dua iaitu tiada harus bagi kita menikahi perempuan itu melainkan kemudian sudah lalu daripada edah isteri kita.((12))
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment