Wednesday, July 16, 2008
((62))( Bermula ) eddah perempuan yang merdeka lagi yang haid iaitu tiga kali suci dan jika ada ia ( mustahadhah*) sekalipun maka jika ditalak ia pada ketika sucinya daripada haid nescaya lalulah eddah dengan masuk pada haid yang ketiga ( dan ) jika ada talaknya ia pada ketika haidnya lalulah eddahnya pada haidnya yang keempat (bermula ) eddah perempuan yang merdeka yang ( muttahirah*) yang ditalak ia pada permulaan bulan iaitu tiga bulan ( adapun) jika ditalak ia pada pertengahan bulan maka ditilik jika tinggal daripada bulan itu lebih banyak daripada lima belas hari maka dibilangkan ia sekali suci maka hendaklah disempurnakannya eddahnya dua bulan kemudiannya ( dan ) jika tinggal daripadanya lima belas hari atau kurang maka tiada dibilangkan ia sekali suci hanya hendaklah dieddahkan akan dia kemudiannya dengan tiga bulan hillaliah ( dan ) eddah perempuan sahaya yang haid atau yang ( mustahadhah ) yang tiada ( muttahirah*) iaitu dua kali suci samada perempuan itu sahaya sekeliannya atau merdeka setengahnya ( tetapi ) jika dimerdekakannya didalam eddah talak raj’I nescaya lalu eddahnya dengan tiga kali suci ( bermula ) eddah perempuan sahaya yang muttahirah yang ditalak ia pada awal bulan iaitu dua bulan dan jika ditalak ia pada pertengahan bulan maka ditilik jika tinggal daripada bulan itu lebih banyak daripada lima belas hari maka dibilangkanlah ia sekali suci maka hendaklah disempurnakannya eddahnya dengan sebulan kemudiannya dan jika tinggal daripada lima belas hari atau kurang tiadalah dibilangkan akan dia sekali suci hanya hendaklah ia bereddah kemudiannya dengan dua bulan .((62))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment