Wednesday, July 16, 2008
((69))( bermula ) suami yang (maqpu*) yang lenyap yang tiada diketahuinya matinya dan hidupnya tiadalah harus bagi isterinya bersuami hingga nyata matinya atau talaknya kemudian maka bereddahlah ia kemudian daripada sabit demikian itu maka jika dihukumkan oleh kadhi dengan harus nikahnya dahulu daripada sabitnya nescaya dibatalkanlah hukumnya ( tetapi ) jika bernikah perempuan itu daripada sabit mati suaminya maka nyata keadaan suaminya itu mati dahulu daripada nikahnya maka dari lalu eddahnya nescaya sahlah nikahnya kerana sunyi ia daripada (maniq* ) pada (waqi’ *) adalah benda yang demikian itu seperti seorang menjual harta bapanya pada hal sangkanya bapanya sudah mati maka nyata keadaan bapanya itu sudah mati maka nyata keadaan bapanya itu sudah mati dahulu daripada menjual hartanya maka iaitu sah jualnya.((69))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment